Soalan: Jelaskan pelaksanaan zakat dan kepentingannya pada zaman kerajaan Bani Abasiyyah.
Pengenalan:
- Zakat dari segi bahasa: penambahan dan penyuburan pahala serta penyucian jiwa
- Dari segi syarak: mengeluarkan jenis barangan /harta tertentu mengikut kadar tertentu kepada orang tertentu berdasarkan syarat dan rukun yang telah ditetapkan
- Kerap kali disebut dalam al Quran: 32 kali disebut secara bersendirian, 26 kali disebut beriringan dengan kewajipan mendirikan solat
- Cth: ayat 110 surah al Baqarah: ‘Dirikanlah solat dan keluarkan zakat’
- Makna-makna lain untuk zakat dalam al Quran: syahadah, kebaikan, zakat fitrah, suci, halal, sadaqah, keberkatan, kedamaian
- Memandangkan ia termasuk dalam Rukun Islam, tidak hairanlah ia mempunyai pelbagai fungsi dan hikmat kepada pengeluar dan penerimanya
Isi
· Sejarah pelaksanaan zakat: sejak sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.: zaman-zaman Nabi dan Rasul terdahulu telah wujud amalan sedemikian
- Sebelum baginda berhijrah ke Madinah, zakat dikaitkan dengan amalan tolong-menolong golongan bangsawan terhadap golongan miskin khasnya pada zaman awal penyebaran Islam
- Mulai tahun 2Hijrah, zakat mula difardhukan ke atas setiap umat Islam antara bulan Syaaban hingga bulan Syawal
- Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada gugur kalimah syahadah seterusnya hukuman bunuh andainya enggan bertaubat
· Pelaksanaan zakat zaman Abasiyyah: kesinambungan amalan semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah KAR dan Bani Umaiyah
- Zakat zaman Bani Abasiyyah: terbahagi 2
a) Zakat fitrah: wajib ditunaikan selesai mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan
- Mazhab Shafie menetapkan umat Islam menunaikan zakat fitrah sebelum solat Hari Raya Aidilfitri
b) Zakat harta: zakat binatang ternakan, emas dan perak, barang perdagangan/perniagaan dan biji-bijian
- Hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu dan setelah harta yang dimiliki cukup nisab dan genap setahun
· Sumber zakat diagihkan kepada 8 golongan asnaf seperti zaman-zaman sebelumnya: golongan fakir, miskin, amil, mualaf, orang yang berhutang, orang yang berjihad, musafir dan hamba yang ingin memerdekakan dirinya
- Kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik terus oleh kerajaan pusat untuk urus pelaksanaan zakat
- Cth: zaman Khalifah Harun al Rasyid, Abu Yusuf dilantik sebagai Ketua Kadi
- Sesuai dengan kelahiran pelbagai mazhab ketika ini,wujud pelbagai tafsiran tentang zakat sekaligus mempengaruhi urusan pentadbiran dan pelaksanaannya
· Fungsi 1: dapat mengeratkan hubungan/tali persaudaraan antara umat Islam khasnya antara golongan kaya dan miskin
- Kepentingannya bukan sahaja membolehkan golongan kurang bernasib baik menjalani kehidupan lebih sempurna bahkan dapat menguatkan perpaduan umat Islam
· Fungsi 2: dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor seperti bakhil, sombong, mementingkan diri, sayangkan harta
- Bertepatan dengan al Quran dalam surah al Mukminun, ayat 4
- Terhapusnya sifat-sifat ini akan melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia serta saling bekerjasama
· Fungsi 3: menjadi medan ujian bagi golongan kaya sekaligus mempertingkatkan rasa ‘qana’ah’ yang dapat membendung mereka dikuasai hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas
- Terhapusnya sifat negative menimbulkan sifat pemurah, tolong-menolong iaitu symbol ketakwaan seseorang individu terhadapNya
· Fungsi 4: dapat mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dengan miskin sekaligus mendekatkan jurang social antara mereka
- Orang miskin tidak lagi berasa cemburu dengan kelebihan harta benda orang kaya
- Orang kaya pula dapat menunaikan tanggungjawab dan amanahnya terhadap Allah swt serta menandakan kesyukuran terhadap harta yang dimiliki
· Fungsi 5: dapat membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain
- Mengikut penilaian Islam, harta yang dimiliki seseorang individu apabila genap setahun dan cukup nisabnya, harta itu wajib dikeluarkan sebahagian daripadanya sebagai zakat dan diagihkan kepada orang yang berhak
- Dengan kata lain, selagi harta itu tidak dikeluarkan zakat, ia masih bercampur dengan hak orang lain
· Fungsi 6: pelaksanaan zakat zaman bani Abasiyyah secara tidak langsung membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat
- Pelajar/golongan cerdik pandai yang memperoleh zakat telah memanfaatkannya sebaik mungkin seterusnya membawa kemasyhuran kota Baghdad sebagai pusat keilmuan pada zaman-zaman pemerintahan seperti Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun
Kesimpulan
- Sesungguhnya zakat merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada Negara dan masyarakat Islam kerana ia bukan sahaja dapat mewujudkan suasana muhibah bahkan dapat meningkatkan ketakwaan seseorang terhadap Allah swt sekaligus menghapuskan penyakit-penyakit hati dalam kalangan umat Islam
- Pemerintah /kerajaan pula dilihat dapat menunaikan tanggungjawab social yang amat diharapkan oleh golongan yang tidak bdernasib baik
No comments:
Post a Comment