Saturday, January 14, 2012

Peranan Shih Huang Ti

Soalan : Huraikan peranan Shih Huang ti dalam mengukuhkan empayar Dinasti Chin

Pengenalan
-          Empayar ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan (pemerintahan) yang tertinggi dan berdaulat
-          Menguasai daerah yang luas atau beberapa buah daerah dengan diketuai seorang maharaja/maharani
-          Cth: Maharaja Shih Huang ti Berjaya mengasaskan empayar Dinasti Chin
-          Shih Huang ti merupakan maharaja pertama bagi Dinasti Chin pada 240SM<
-          Merupakan orang pertama guna gelaran maharaja (Shih bermaksud pertama, Huang ti bermaksud maharaja)
-          Beliau merupakan pemerintah yang zalim tetapi cekap
-          Berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah satu kerajaan pusat
-          Memiliki jajahan takluk yang luas sehingga meliputi Sungai Merah, Vietnam

Isi
·         Pemerintahan bersifat autokratik/mutlak
-          Menggunakan kekerasan
-          Undang-undang ketat dalam pentadbiran
-          Menubuhkan kerajaan pusat yang kuat
-          Menghapuskan system feudal
-          Tanah feudal diambil alih daripada pembesar feudal lalu dibahagikan kepada para petani
-          Pembesar-pembesar feudal dipindahkan ke ibu negeri
-          Membahagi empayar kepada 36 provinsi
-          Meluaskan kuasa hingga ke Hunan, Kwei Chou dan Szehwan
-          Rakyat biasa diambil berkhidmat dengan kerajaan

·         Dasar-dasar yang dijalankan oleh Shih Huang ti untuk mengukuhkan kerajaan
-          Menggunakan kekuatan tentera untuk menawan wilayah-wilayah tertentu bagi memastikan tidak berlaku pemusatan kuasa dan peningkatan pengaruh pemimpin feudal
-          Melantik gabenor dan panglima tentera untuk mengawasi golongan bangsawan dan pemimpin feudal
-          Menjamin wilayah yang berada di bawah penguasaan Dinasti Chin tidak memberontak atau cuba membebaskan diri
-          Memaksa 1200 buah keluarga bangsawan berpindah ke Siang Yun dan kawasan-kawasan lain di utara dan selatan China untuk memudahkan pengawasan di kawasan-kawasan tersebut

·         Menghapuskan ajaran Confucius
-          Ajaran Confucius menekankan perikemanusiaan dan harga diri
-          Sedangkan Shih Huang ti seorang pengamal ajaran falsafah legalisme yang bertentangan dengan ajaran Confucius
-          Beliau mengarahkan semua buku ajran Confucius dibakar/dimusnahkan agar dapat sekat ancaman terhadap pengaruhnya seterusnta dapat mengukuhkan fahaman legalisme
-          Tujuan hanya satu iaitu untuk meruntuhkan system feudal
-          Rakyat yang menyimpan buku mahupun membincangkan falsafah Confucius akan dihukum bunuh
-          Malahan para sarjana falsafah ini ditanam hidup-hidup

·         Membina Tembok Besar China
-          Untuk mengelakkan serangan orang gasar (orang Hsiung Nu) pada abad ke6SM, di sempadan utara China
-          Tembok dibina sepanjang 240 kilometer selama 100 tahun
-          Untuk memastikan keberkesanan tembok ini, mereka memindah dan memusnahkan sebarang bangunan atau tempat perlindungan di kawasan kuar tembok agar dapat melihat musuh dengan lebih mudah

·         Memantapkan organisasi ketenteraan
-          Shih Huang ti menubuhkan unit-unit tentera yang diperintah oleh Chun Yang yang merupakan tentera kerahan yang berdisiplin dan diketuai pegawai-pegawai professional
-          lelaki muda yang kuat dan berupaya harus didaftar dan diserap ke dalam perkhidmatan tentera
-          bagi menjamin kesihatan dan kebajikan tentera, keum lelaki dipastikan mendapat makanan yang mencukupi serta dielakkan daripada kesejukan
-          askar-askar China dibekalkan senjata peribadi iaitu ‘roket’ atau tombak api yang melayang (Fei Huo Chang)

Kesimpulan
-          Shih Huang ti berperanan penting dalam mengukuhkan empayar Dinasti Chin
-          Dinasti Chin Berjaya muncul sebagai empayar paling kukuh di China
-          Menjadi asas kepada pembentukan empayar-empayar baru yang cekap dan sistematik walaupun pemerintahannya kejam dan zalim
-          China telah bersatu dengan identity masih kekal sehingga kini iaitu Tembok Besar China
-          Kematian Shih Huang ti pada 210SM menyebabkan China mengalami keruntuhan ditambah dengan pengganti-pengganti yang lemah serta tidak dapat mengawal seluruh empayar
-          Akhirnya pembesar-pembesar wilayah memberontak

6 comments: