Soalan: Jelaskan kaedah pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. ketika berada di Makkah dan Madinah
Pengenalan
- Pendidikan Islam sering kali dikaitkan istilah-istilah seperti ‘tarbiyah’, ‘ta’dib’, ‘ta’lim’, ‘irsyad’ dan ‘tadris’
- Kesemua istilah ini mempunyai maksud tersendiri yang melambangkan taraf dan tahap pendidikan itu sendiri
- Tujuan pendidikan Islam ialah membentuk keperibadian yang sempurna sehingga sampai ke tahap manusia dapat berhubung dengan Pencipta
- Konsep pendidikan Islam pula berasaskan roh, akal dan jasad
- Pendidikan melibatkan pengajaran dalam pelbagai bidang seperti agama, falsafah, kesenian, politik dan sebagainya yang dapat memajukan peradaban manusia
Isi
- Pendidikan zaman permulaan Islam bermula selepas turunnya surah al Alaq yang bermula dengan ‘bacalah’
- Ayat ini menuntut umat manusia agar mempelajari ilmu tanpa mengira usia dan jantina
- Perkataan ‘bacalah’ menjadi asas permulaan yang baik dalam proses pembelajaran
- Pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi tiga perkara asas iaitu akidah, akhlak dan syariah
· Pendidikan di Makkah
- Nabi Muhammad s.a.w. telah menyampaikan ilmu secara sulit kepada ahli keluarga terdekat seperti ister baginda, Siti Khadijah, sepupu baginda Ali b Abi Talib
- Menggunakan kaedah lemah-lembut untuk menyampaikan ilmu agar orang ramai tertarik untuk belajar
- Rumah al Arqam menjadi tempat pendidikan Islam yang pertama
- Di sinilah baginda dan para sahabat sering bermesyuarat bagi mengatur kaedah dan strategi berdakwah
- Setelah tiga tahun menyampaikan ilmu secara sulit, lalu diturunkan ayat meminta baginda menyampaikan ajaran Islam secara terbuka
- Maka baginda menggunakan kaedah berpidato dan berceramah di tempat-tempat awam yang menjadi tumpuan ramai seperti Pasar Ukaz dan sekitar Kaabah pada musim haji
- Pendidikan lebih bertumpu kepada perkara akidah dan akhlak
- Akidah merupakan kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan penciptanya
- Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan segala perintah Allah s.w.t. kepada manusia dan menyeru mereka menyembah Allah s.w.t. tanpa menyengutukanNya
- Perkara yang turut disentuh ialah hari pembalasan, mempercayai malaikat dan kepercayaan kepada untung nasib
- Dari aspek akhlak, manusia dianjurkan agar berakhlak mulia kerana akhlak terpuji sahaja dapat berdamping dengan Allah s.w.t.
- Baginda juga mengajar manusia supaya mengamalkan sikap sederhana, tolong-menolong dan selalu bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t.
· Pendidikan di Madinah
- Setelah terbina masjid Quba dan Masjid Nabawi, system pendidikan Islam mengalami perubahan
- Masjid menjadi sekolah pertama
- Pendidikan lebih berkonsepkan perkara ibadat dan syariah tanpa melupakan soal-soal lain
- Dalam soal ibadat, antara perkara yang diwajibkan ialah solat Jumaat manakala perkara yang disunatkan ialah solat hari raya
- Pendidikan berpuasa telah bermula pada tahun ke2Hijrah, ibadat haji pula bermula pada tahun ke6Hijrah
- Pendidikan zakat dan hokum perkahwinan turut diperkenalkan
- Selain itu, pendidikan membaca dan menulis telah diperkembangkan
- Nabi Muhammad s.a..w telah memerintahkan para sahabat yang pandai membaca dan menulis mencata dan menulis ayat-ayat al Quran yang diwahyukan
- Mereka juga diminta mengajar umat Islam yang tidak tahu membaca dan menulis
Kesimpulan
- Pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w. bersumberkan wahyu yang menjadi tunggak utama dalam perkembangan system pendidikan Islam
- Kemajuan dalam pendidikan Islam telah menjadikan orang Islam sebagai satu umat yang terulung dan dihormati
No comments:
Post a Comment