Saturday, January 14, 2012

Kepercayaan Masyarakat Arab


Soalan: Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam

Pengenalan
-         Zaman sebelum kedatangan Islam dipanggil zaman Jahiliyah yang bermula sejak keruntuhan Empangan Maarib (310M) hingga permulaan kedatangan Islam (610M)
-         Masyarakat ini dikatakan tidak mempunyai rasul, nabi serta kitab suci sebagai panduan
-         Jahiliyah bermaksud bodoh, menepati cirri-ciri masyarakat ketika itu yang jahil dalam semua aspek kehidupan
-         Kepercayaan mereka terbahagi dua iaitu kepercayaan agama dan kepercayaan adat
-         Kepercayaan agama: bentuk2 agama yang mereka amalkan
-         Kepercayaan adat: kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi

Isi
·         Agama Samawi (agama langit)
a)     Hanif: diturunkan kepada Nabi Ibrahim as dan penganutnya digelar Hunafa
-         Tiada kitab tetapi mempunyai suhuf
-         Antara tokoh yang menganut: Nabi Muhammad s.a.w., Waraqah b Naufal

b)     Agama Yahudi
-         Dibawa oleh Nabi Musa dengan kitab sucinya Taurat
-         Namun golongan Bani Israel telah mengubahsuai isi kandungan Taurat untuk kepentingan peribadi hingga agama ini dianggap syirik

c)     Agama Nasrani
-         Diturunkan kepada nabi Isa dengan kitab Injil
-         Namun golongan pendeta Nasrani telah menyelewengkan isi kandungan asal kitab ini
-         Penganut asal agama ini digelar Ahli al Kitab

·         Agama Ard (ciptaan manusia)
a)     Wathani
-         Dianuti majority masyarakat Arab sebelum Islam
-         Menyembah berhala yang diperbuat daripada batu, kayu dan emas yang dipercayai dapat memberi manfaat dan mudarat, mempunyai berkat
-         Terdapat kira-kira 360 buah berhala di sekeliling kaabah
-         Antara yang popular: al Latta, al Uzza, al Manat

b)      Majusi
-         Juga digelar Zoroaster dan berasal dari Parsi
-         Menyembah matahari dan api
-         Para pendetanya menyembah matahari 4 kali sehari
-         Banyak mengandungi cerita khayalan  selain menghalalkan perkahwinan antara ibu dengan anak atau sesame adik beradik

c)     Penyembahan cakerawala
-         Sembah matahari, bulan, bintang
-         Anggap semua cakerawala merupakan sumber tenaga dan kekuatan

d)     Penyembahan makhluk halus (polidemonisme)
-         Sembah malaikat, jin, roh nenek moyang yang dianggap memiliki kuasa ghaib
-         Makhluk ini akan jadi perantaraan mereka dengan Tuhan bagi menjamin keselamatan mereka

e)     Penyembahan Tuhan padang pasir
-         Penganutnya digelar ‘Ahl al Saf’
-         Percaya bahawa tuhan padang pasir memang wujud tetapi tidak pernah ditemui
-         Mereka membawa api pada waktu malam dan berjalan-jalan di tengah padang pasir sambil menyanyi

f)      Kepercayaan animism
-         Sembah objek-objek alam sekeliling seperti pokok
-         Percaya air dan pokok ialah sumber kehidupan manakala padang pasir yang kering-kontang dianggap tempat kediaman tuhan jahat

g)     Kepercayaan tahyul
-         Percayakan:
·         Tangkal azimat
·         Roh orang mati menjadi burung
·         Ahli nujum
·         Ahli sihir
·         Binatang yang melintas di tengah-tengah perjalanan: jika ke kiri membawa keburukan, jika ke kanan, membawa kebaikan
·         Mengorbankan anak perempuan satu amalan mulia
·         Mengikat tali pada pokok, jika ikata terlerai sekembalinya suami dari perantauan, maknanya isteri mereka berlaku curang
·         Membuat keputusan melalui anak panah

Kesimpulan:
-         Masyarakat Jahiliyah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas
-         Mereka lebih menurut hawa nafsu semata-mata dalam membuat tindakan
-         Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka bertuhankan hawa nafsu

No comments:

Post a Comment