Siapa tidak mengenali tokoh bernama Rentap. Sorang pahlawan Iban yang berjuang bermati-matian menentang Rajah Putih di Sarawak sekitar kurun ke-19 [1800-1870]. Penentangan Rentap terhadap Rajah Putih menyebabkan James Brooke menggelar Rentap sebagai lanun.
Pengkaji sejarah tempatan, Dr Chang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud penggoncang dunia diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya. Rentap dikatakan membenci Brooke kerana menganggapnya berniat jahat iaitu ingin menguasai Sarawak [merampas tanah] dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan.
Disebabkan penentangan hebat Rentap itu, Rajah Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri menggunakan helah dengan menggelarnya lanun. Dengan alasan tersebut, Rajah Brooke merancang menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribas dan Skrang.
Chang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap di
Pustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentangan
Rentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawan
itu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya
`History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentap
yang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turut
menggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduk
negeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai.

Pertempuran pertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844
membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-dua
pihak. Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris mati
dalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera.

Pada 24 Julai 1849,Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang dan
Saribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kali
ini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis dan
Ranee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentap
bersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yang
turut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru,
Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuran
angkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini. Rombongan
pengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserang
angkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalam
pertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh dan
ramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauh
ke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.
Kubu Rentap Rentap dan pengikutnya kemudian membina kubu di Tabat, di kaki
Gunung Sadok menghadap Sungai Lang dan Brooke pula pada akhir 1849 atau
awal 1850 menghantar Arthur Crookshank membina Fort James di Lingga
yang menjadi persimpangan Sungai Skrang dan Sungai Lupar. Pembinaan
kubu tersebut tidak disenangi penduduk Skrang kerana menghalang laluan
mereka ke bahagian bawah Sungai Lupar dan ke Laut China Selatan. Mereka percaya

Pembinaan kubu tersebut juga bertujuan menghalang kerjasama Rentap dengan sekutu rapatnya
Linggir dan Aji di persisir pantai.
Linggir dan Aji di persisir pantai.
Pada 1852, Rajah Brooke membina satu lagi kubu di Lingga untuk menghalang Rentap dari mengganggu pengikutnya sekitar bahagian hilir Sungai Lupar yang menaikkan kemarahan pahlawan itu sehingga memutuskan menyerang dan menewaskan Inggeris di Lingga.Brooke
kemudian menghantar pesanan kepada Rentap di ulu Sungai Skrang ,
mengajaknya keluar dan berjumpanya di Fort James untuk mengadakan
rundingan damai, namun Rentap enggan.

Setahun kemudian, pengikut Brooke diserang hendap di Lintang Batang, tiga kilometer dari Nanga
Skrang dan pengikut Rentap berjaya menenggelamkan bot penjajah dan
membunuh seorang pegawai Inggeris, Alan Lee yang bertanggungjawab
mengukuhkan pasukan penjajah di Lingga. Pasukan Rentap kemudian
berundur sebelum pasukan Brooke menyusun kedudukan bagi melancarkan
serangan balas. Kejayaan ini menjadikannya lebih dikenali sebagai
wira kaum Dayak di Sarawak. Bagi menghalang orang lain membantu Rentap
dan menjadikannya lebih kuat, sekumpulan askar dihantar Brooke ke
merata tempat untuk menahan mereka disyaki membantu pahlawan Iban itu.

Pada Ogos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 mara selama dua hari untuk
menyerang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjata
api manakala pasukan Rentap menyerang balas menggunakan meriam. Pada
sebelah petang, wanita dan kanak-kanak kelihatan meninggalkan kubu
Rentap melalui belakang bukit diikuti pahlawan Iban yang lengkap
berpakaian perang mengundurkan diri dari kota itu menuju Bukit Sadok
dengan membawa Rentap yang tercedera.

Brooke bagaimanapun tidak meneruskan serangan ke Bukit Sadok. Ruang ini membolehkan Rentap menguatkan kedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu atau Kuta
Rentap dan kecerunan curam menjadikan kubu itu hampir mustahil
dihampiri musuh. Beliau kemudian menggelar dirinya seorang pemerintah
dengan gelaran Rajah Ulu dan menjadikan Bukit Sadok pusat
kepada semua penduduk tempatan yang menentang pemerintahan Inggeris.

Berikutan kedudukan Rentap bertambah kuat, Brooke melancarkan ekspedisi bagi
memusnahkan kekuasaannya. Tiga ekspedisi bermula 7 Jun 1857 dilancarkan
bagi memusnahkan kubu Rentap, namun gagal membunuhnya. Selepas
melancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir Brooke
berjaya menawan dan membakar Kuta Rentap pada 28 Oktober 1861, Rentap
dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai,
Kanowit dan Jula. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia
akibat tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.

Kronologi Ekspedisi Sadok
Ekspedisi Sadok 1: 7 Jun 1857Pertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan semua kawasan
pertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikut
Rentap.Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadok
yang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihat
dan melancarkan serangan ke kedudukan musuh. Dengan kekuatan 4,000
askar, Charles Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana dibina menggunakan
kayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentap
juga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketika
menyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853.Pasukan Brooke
ditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok dan
akhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.

Ekspedisi Sadok 2: Ogos 1858
Tuan Muda Charles Brooke berusaha menghapuskankuasa Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampu menembak lima puluh peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turut
gagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding Kuta Rentap.
Brooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan serangan
betubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakan
senjata api.

Ekspedisi Sadok 3: September 1861
Kali ini Charles Brooke berhabis-habisan untuk menghancurkan kekuatan Rentap.
Beliau membawa angkatan yang lebih besar dengan buruh untuk membuat jalan di
hutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam pertempuran jarak
dekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yang
digelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok,
keesokan paginya, serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlaku
berbalas serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan Bujang
Timpang Berang yang dimiliki Rentap. Malangnya, salah seorang
pengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dan
darahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berang
tidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkan
dinding keras Kuta Rentap.

No comments:
Post a Comment