Saturday, January 14, 2012

Sistem Ekonomi Asia Tenggara

Soalan:  Jelaskan sistem ekonomi yang diamalkan di Asia Tenggara sebelum tahun 1800M

Pengenalan
-         Kemerosotan Melaka sebagai pusat perdagangan antarabangsa berlaku selepas kejatuhannya di tangan Portugis pada tahun 1511
-         Dasar Portugis yang mengamalkan sikap monopoli dan bertindak kasar terhadap pedagang Islam menyebabkan para pedagang menukar haluan perdagangan ke Aceh kerana kedudyukannya strategic iaitu di utara Selat Melaka
-         Aceh mula menjadi tumpuan para pedagang dari India dan Asia Barat
Isi
·         Perdagangan
-         Berkembang antara abad ke16 hingga abad 18M
-         Terkenal sebagai pusat pengeluaran rempah
-         Dikunjungi saudagar dari Gujerat, India, China, Belanda
-         Kemahsyurannya bermula pada zaman Sultan Ali Mughayat Syah dan diteruskan oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam
-         Aceh menjadi terkenal bukan sahaja dalam kalangan orang Islam tetapi juga pedagang bukan Islam

·         Barang dagangan
-         Menjalankan aktiviti import eksport seperti bahan makanan, kopi, tembakau, hasil kraftangan
-         Ekoran kemakmuran Aceh, saudagar Islam Berjaya memonopoli perdagangan di pesisiran Sumatera barat hingga ke Inderapura
-         Kapal dari Perancis, Arab, turki, Belanda, India, China dan Mesir sering berulang alik ke Aceh

·         Aktiviti ekonomi lain
-         Aktiviti perhutanan seperti menghasilkan minyak tanah, minyak kasturi, kapur, kemenyan, kayu gaharu dan cendana turut dijalankan
-         Sector pertanian seperti lada hitam, tebu, tembakau, sayur-sayuran dan ulat sutera juga dijalankan
-         Selain itu, juga wujud aktiviti pertukangan seperti pertukangan besi, emas dan kayu
-         Kegiatan ekonomi di atas kekal sehinggalah kedatangan Belanda untuk menguasai Kesultanan Aceh

Kesimpulan
-         Aktiviti ekonomi Aceh sama dengan kegiatan ekonomi Islam di Nusantara
-         Kegiatan ekonomi Aceh adalah berteraskan system ekonomi Islam

No comments:

Post a Comment