Soalan : Huraikan pentadbiran cukai kharaj pada zaman Bani Umaiyah.
Pengenalan:
- Bahasa Byzantine: kharaj ialah ufti
- Dalam konteks Islam, ia bermaksud cukai tanah ke atas tanah yang diperolehi sama ada secara ryundingan atau peperangan
- System kharaj yang diperkenalkan Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban golongan petani berbanding cukai yang diperkenal oleh Parsi dan Rom
Isi
· Pentadbiran kharaj zaman Bani Umaiyah
a) Kharaj menjadi sumber pendapatan utama kerajaan BU
- Untuk pastikan urusan pemunguntan berjalan lancar, kerajaan tubuhkan Diwan al Kharaj
- Khalifah Muawiyah b Abu Sufyan memastikan jabatan ini dibantu beberapa setiausaha
- Gabenor di setiap wilayah pula dibantu beberapa jabatan termasuk jabatan yang mengurus soal cukai
b) Peringkat awal: tanah di setiap wilayah bebas diusahakan
- Kerajaan hanya kenakan sedikit cukai tanah
- Tanah-tanah tidak bertuan yang diusahakan tidak dikenakan cukai
c) Zaman akhir pemerintahan Khalifah Muawiyah: isytihar semua hartanah sebagai milik Negara
- Semua hasil yang diperoleh sama ada secara aman atau perang menjadi milik kerajaan
- Tujuan: pastikan semua projek pembangunan kerajaan berjalan lancar
· Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik b Marwan: pentadbiran kharaj semakin kemas dan sistematik
- Jawatan ‘dihqan’ diwujudkan untuk bertugas memungut cukai
- Orang berketurunan Arab dikecualikan bayaran kharaj
- Untuk imbangi dasar ini, segala jenis cukai telah dimaikkan termasuk cukai kharaj
· Walaupun ia merupakan antara pendapatan utama kerajaan, namun ada juga yang ingjkar tentang pembayaran kharaj
- Cth: al Hajaj telah naikkan kadar kharaj yang tinggi di Iraq, namun beliau hanya mampu mengutip hasil dalam jumlah yang terhad ekoran keengganan rakyat untuk menjelaskannya
· Zaman Khalifah Umar b Abdul Aziz: cukai jizyah dibezakan dengan kharaj
- Menetapkan setiap tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang Islam, hasil tanamannya akan dikenakan kharaj
- Tanah-tanah kharaj tidak boleh dijual beli atau diagih kepada sesiapa sama ada berbentuk hadiah atau kurniaan
- Untuk elak rakyat dibebani cukai yang tinggi, Khalifah Abdul Malik b Abdul Aziz mengarahkan kadar kharaj diturunkan seperti mana prelaksanaannya saman KAR
Kesimpulan:
- Pentadbiran dan pelaksanaan kharaj semasa Bani Umaiyah amnya dipengaruhi dasar seseorang pemerintah dan keadaan semasa
- Walaupun Bani Umaiyah mempraktikkan amalan kerajaan Khulafa al Rasyidin, kadarnya agak tinggi kecuali pada zaman pemerintahan Khalifah Umar b Abdul Aziz mengundang kegelisahan dalam kalangan penduduk
No comments:
Post a Comment