Soalan: Terangkan taktik dan strategi tentera Islam dan peranan wanita dalam ketenteraan Islam
Pengenalan:
- Islam tidak membenarkan perang dilancarkan terhadap mereka yang tidak memulakannya
- Juga tidak boleh menceroboh harta orang yang meminta perlindungan keamanan
- Islam menghormati perjanjian dan ikatan damai
- Namun jika tidak dapat dielakkan, Islam membenarkan perang dilancarkan khasnya setelah musuh menyerang tewrlebih dahulu
- Tujuannya untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara Islam
- Peranan wanita dalam peperangan Islam adalah secara tidak langsung
- Untuk menangkis serangan musuh, terdapat pelbagai taktik dan strategi yang digunakan tentera Islam seperti taktik bertahan, taktik menunggu, taktik mengepung dan seumpamanya
Isi:
a) Taktik peperangan
· Taktik menunggu
- Pihak Islam menunggu musuh lancar serangan baharulah tentera Islam memulakan gerakan secara spontan
- Cth: taktik ini digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. semasa Perang Badar kerana jumlah tentera musuh lebih ramai
· Taktik bertahan
- Digunakan semasa diserang oleh musuh
- Cth: semasa Perang Khandak, tentera Islam menggali parit sambil menunggu musuh dan keadaan ini membingungkan, akhirnya musuh terpaksa berundur
· Taktik mengepung
- Digunakan semasa melakukan serangan ke atas musuh
- Setelah musuh dikepung, tentera Islam melancarkan serangan secara berterusan seperti dalam Perang Taif
- Keadaan musuh yang kelaparan, kebuluran dan keletihan setelah dikepung memudahkan tentera Islam mengalahkan musuh mereka
· Taktik tidak mengejar musuh
- Islam tidak mengejar musuh yang melarikan diri supaya tentera Islam tidak kelihatan agresif
- Tindakan mengejar musuh yang lari akan menjejaskan barisan pertahanan dan mudah diperangkap musuh
· Membuat perisikan
- Khalifah Muawiyah telah menubuhkan Jabatan Perisik untuk mencari dan mengetahui rahsia musuh
- Khalifah Abdul Malik pula membuat peta negeri-negeri yang hendak diserang bagi memudahkan serangan
· Penubuhan Bandar tentera
- Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Abu Bakar menjadikan Madinah sebagai markas dan penempatan tentera Islam
- Khalifah Umar pula menubuhkan markas tentera di Iraq, Syria, Mesir dan sempadan Madinah
- Beliau juga menjadikan Kufah sebagai Bandar tentera pertama kerana Kufah mudah dikawal berbanding Bandar-bandar lain
b) Peranan wanita
- Islam mengangkat martabat wanita pada tempat yang tinggi sebagai manusia berbanding ketika zaman Jahiliyah
- Wanita turut terlibat sebagai tentera atau pembantu yang bertugas membawa air, makanan dan merawat tentera yang cedera dalam peperangan
- Cthnya: Hindun iaitu ibu Muawiyah b Abu Sufyan berperanan penting semasa menentang Byzantine dalam Perang Yarmuk, 15H
- Pada zaman Umaiyah ketika ingin menakluk Bukhara pada 90H, kaum wanita membantu tentera Islam pimpinan Qutaybah b Muslim
- Pada zaman Abbasiyyah, ramai lagi kaum wanita yang aktif dalam bidang ketenteraan
- Wanita juga berperanan dari segi fizikal, emosi dan moral serta berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan serta menegur kesilapan tentera Islam
- Semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. cthnya, wanita menyertai perbincangan dan berdialog bersama baginda seperti yang disebut dalam Surah Mujadah, ayat 1
- Semasa zaman Khalifah Umar al Khattab, seorang wanita telah berbahas dengan beliau dan ternyata wanita itu benar
- Khalifah Umar sendiri berkata, “Perempuan adalah benar dan Umar adalah salah”
- Namun menurut Islam, kaum wanita tidak boleh memegang jawatan tertinggi tentera atau memegang jawatan penting yang melibatkan membuat keputusan kerana ia bertentangan dengan kemampuan mereka dari segi psikologi mahupun biologi
- Peranan wanita terhad dan dalam sejarah mereka hanya menjadi tentera sukarela dan tidak dilantik sebagai panglima perang
- Pendapat yang mengatakan Saidatina Aisyah mengetuai Perang Jamal adalah tidak berasas kerana pemimpin sebenar ialah Talhah dan Zubayr
- Penjelasan ini tidak bermaksud bahawa Islam menyekat kebebasan dan memperkecil kebolehan wanita mahupun merendahkan status dan taraf wanita
- Kaum wanita tidak perlu tunduk kepada kaum lelaki dalam semua perkara kehidupan tetapi dalam soal kepimpinan, lelaki lebih diutamakan
Kesimpulan
- Banyak strategi dan taktik yang digunakan oleh tentera Islam mengikut keadaan dan kesesuaian peperangan
- Islam telah mengangkat martabat wanita pada tempat paling tinggi dan diperlukan dalam peperangan sebagai pembantu tentera Islam khasnya dalam merawat kecederaan
No comments:
Post a Comment