Saturday, January 14, 2012

Falsafah Pendidikan Islam

Soalan: Berikan pengertian falsafah pendidikan Islam dan bincangkan pendidikan yang wujud pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pengenalan
-         Falsafah pendidikan bermula dengan turunnya perkataan ‘Iqra’
-         Pendidikan berasaskan akidah, akhlak dan syariah
-         Juga mencakupi bidang ekonomi, falsafah dan seni

Isi
·         Proses pendidikan adalah sepanjang hayat iaitu dari buaian hingga ke liang lahad
-         Bermatlamat lahirkan anggota masyarakat yang sempurna, bermanfaat dan berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan Negara
-         Semua peraturan dalam Islam berlandaskan tuntutan fardhu ain dan fardhu kifayah
-         Berbeza dengan pendidikan secular yang bersifat skeptikal iaitu mempersoalkan sesuatu

·         Pendidikan merangkumi semua aspek politik, ekonomi, falsafah dan seni
-         Pendidikan secular tidak sesuai dengan fitrah manusia kerana bersifat pragmatism
-         Dr. Said Ismail berpendapat ada 6 punca pendidikan Islam iaitu al Quran, Hadis, sahabat-sahabat Nabi, social, adat-istiadat, etika masyarakat (sejarah) dan para pemikir Islam

·         Pada zaman nabi Muhammad s.a.w. di Makkah:
-         Pendidikan di Makkah penuh berhikmah dan lemah lembut
-         Tumpuan pendidikan: akidah dan akhlak
-         Ramai sahabat memeluk Islam: Abu Bakar, Uthman b affan, Zubayr al Awwam, Abdul Rahman b Auf, al Arqam
-         Rumah al Arqam menjadi markas menjalankan pendidikan Islam secara sulit
-         Baginda sering bermusyawarah untuk mengatur strategi dakwah dan setelah 3 tahun, Allah memerintahkan baginda agar menyebarkan Islam secara terang-terangan
-         Baginda menyampaikan pengajaran Islam secara syarahan, ceramah dan tabligh di tempat-tempat awam seperti di Pasar Ukaz dan di kaabah pada musim haji
-         Ayat al Quran dibaca kepada orang ramai untuk memberi petunjuk dan pengajaran
-         Mukjizat  al Quran telah menarik orang ramai untuk memeluk Islam seterusnya memberi tekanan kepada orang Quraisy
·         Pendidikan Islam zaman Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah
-         Pendidikan telah berubah bentuk
-         Pengajian di masjid lebih berbentuk tidak formal dan menjadi system pertama dalam pendidikan Islam
-         Selepas terbinanya ‘al-Suffah’ iaitu serambi yang dibina bersambung dengan masjid, pendidikan menjadi formal dan lebih sistematik
-         Konsep pendidikan ketika ini ialah penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan melalui cara ibadat, pendidikan akhlak, pendidikan membaca dan menulis
-         Konsep ibadat seperti solat, berpuasa pada tahun ke2Hijrah, zakat, hokum perkahwinan, kegiatan ekonomi dan pemerintahan
-         Dari segi pendidikan akhlak, Nabi Muhammad s.a.w. menjadi contoh teladan kepada umat Islam

Kesimpulan
-         Pendidikan amat dititikberatkan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. tidak kira lelaki mahupun perempuan
-         Baginda sendiri memperuntukkan masa mengajar kaum wanita tentang ilmu pengetahuan
-         Pendidikan di madinah mrupakan kesinambungan pendidikan di Makkah
-         Baginda amat menekankan penguasaan kemahiran menulis dan membaca dalam pendidikan

No comments:

Post a Comment