Saturday, January 14, 2012

Perkembangan Perdagangan di Nusantara

                                                          Nusantara


Soalan: Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke15M.

Pengenalan:
-         Nusantara atau Alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi
-         Sumber-sumber bertulis China, India, Arab dan yunani membuktikan kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka
-         Antara pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu ialah Tun Sun, Pan Pan (sumber China), Takola, Kole (sumber Ptolemy, Yunani), Kataha, kalagam, Tambralinga (sumber India), Kalah, Tiyumah (sumber Arab)

Isi
·         Faktor kedudukan geografi gugusan Kepulauan Melayu yang strategic
-         Terletak di tengah-tengah jalan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing: China, India, Arab, sekitar Nusantara
-         Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu para pedagang China dan India pergi ke Nusantara
·         Kekayaan sumbera asli
-         Nusantara kaya hasil hutan: kayu gaharu, kapur barus, rotan
-         Kaya hasil pertanian: rempah ratus, teh, beras
-         Kaya hasil laut: ‘cowri’ (mata wang), kerang, dwikatup, tiram, mutiara
-         Kaya hasil perlombongan: emas, bijih besi, antimony, bijih timah
·         Pentadbiran yang cekap, teratur, stabil
-         Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu memiliki system pentadbiran yang teratur
-         Cth: empayar Srivijaya amal system pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah
-         Empayar Melaka amal Sistem Pembesar Empat Lipatan dan system perundangan seperti Undang-Undang laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka
-         Melicin dan mengekalkan keamanan serta memajukan perdagangan
·         Peranan Orang Laut
-         Direkrut untuk tugas menjaga keselamatan kawasan perairan daripada ancaman lanun
-         Mengawal jalan-jalan laut
-         Juga memaksa kapal-kapal dagang singgah berdagang
·         Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan
-         Pemerintah sediakan tempat penginapan, tempat berniaga, gudang, system timbang dan sukat yang standard, kemudahan membaiki kapal
-         Melaka: diwujudkan jawatan syahbandar, nakhoda dan kiwi untuk urus aktiviti perdagangan
-         Mata wang logam jadi perantaraan dalam urusniaga
·         Hubungan politik dengan China
-         Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka dengan China membolehkan mereka memperoleh pengiktirafan dan perlindungan daripada China untuk menghadapi ancaman musuh
-         Suasana aman dan damai membolehkan aktiviti perdagangan berjalan lancar
-         Hubungan rapat dengan China menartik ramai pedagang China berdagang di Alam Melayu
·         Peranan dan pengaruh agama
-         Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar agama Hindu-Buddha di Nusantara
-         Pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan aktiviti perdagangan dengan India dan China yang seagama
-         Melaka merupakan empayar Islam, jadi dapat menarik pedagang-pedagang Islam

Kesimpulan
-         Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran pantai serta kepentingannya berrasaskan penguasaan lalu lintas perdagangan antara China dan India

No comments:

Post a Comment