Saturday, January 14, 2012

Pertahanan Tamadun India

 

Soalan: Galurkan tentang bidang ketahanan dan pertahanan yang diamalkan oleh kerajaan India dalam menjalankan dasar perluasan kuasa
Pengenalan
-         Tamadun India bermula pada 2400SM walaupun penduduk mula mengalami revolusi pertanian sejak 4000SM
-         Penduduk terawal: orang Dravidia
-         Sir John Marshall mendapati penduduk awal tamadun India tidak mempunyai sebarang bentuk senjata di lembah Sungai Indus lalu beliau mengandaikan bahawa penduduk di sini mengutamakan perdamaian dan keamanan
-         Peperangan dan persaingan hanya bermula selepas kemasukan orang Aryan dari Asia Tengah menjelang 1500SM
-         Organisasi tentera dalam pelbagai peringkat dan aliran bermula sebelum dan selepas kedatangan Islam

Isi
a)     Pada zaman Vedik (1500SM – 900SM)
-         Ketenteraan bermula setelah individu tertentu yang mengetuai dan Berjaya dalam peperangan telah dilantik menjadi raja
-         Orang Aryan dari Asia Tengah telah Berjaya menakluk utara India
-         Ketika itu, perang dianggap sebagai sukan dan kereta kuda berperanan penting
-         Golongan Ksatria dilantik sebagai pahlawan untuk jalankan tugas perlindungan, mentadbir dan bertempur
-         Perang ketika ini bertujuan menjaga peraturan kosmos bumi
b)     Zaman Klasik (900SM – 322SM)
-         Bidang ketenteraan menjadi lebih pesat dengan wujudnya tentera bergajah, askar berkuda, kereta kuda dan tentera infantry
-         Alatan perang: busur, panah beracun, pedang, meriam, kayu pelantak, tombak dan lembing
-         Kubu pertahanan merupakan tembok atau parit yang dibina untuk elak ancaman musuh
-         Kem tentera: kediaman sementara untuk raja dan pengikut serta dikawal rapi oleh pengawal keselamatan
-         Ahli-ahli astrologi berperanan penting menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk memulakan peperangan
-         Sebelum berperang, upacara suci dilakukan kepada tentera
-         Semasa Dinasti maurya, tenteranya merangkumi 30 ribu kavalri, 60 ribu infantry dan 9000 ekor gajah
-         Candragupta Berjaya kuasai utara India, kalahkan Seleucus Nikator dan Berjaya kuasai Afghanistan dan Baluchistan
-         Beliau menubuhkan satu jabatan perang untuk kuasai dan kawal tenteranya yang besar dan bercita-cita luaskan kuasa dan menyatukan kerajaan kecil India agar tidak diceroboh kuasa asing
-         Organisasi tentera kemudiannya diwarisi anaknya, Bindusara dan seterusnya cucunya, Maharaja Asoka
-         Dinasti Maurya Berjaya kuasai India Utara sehingga ke Deccan di selatan India
-         Dinasti Gupta juga mewarisi organisasi tentera yang samakecuali ketika itu kuda tidak digunakan untuk berperang sebaliknya untuk pengangkutan
·         Pemerintahan Kesultanan Delhi
-         Hubungan antara India dan Arab telah bermula sejak kedatangan Islam lagi iaitu hubungan perdagangan
-         Usaha-usaha agresif di India bermula zaman pemerintahan Khalifah Umar , Khalifah Uthman dan Khalifah Ali
-         Ekspedisi ketenteraan diteruskan oleh kerajaan Bani Umaiyah sehingga lahir kerajaan Islam di Sind
-         Namun, organisasi ketenteraan lebih jelas semasa pemerintahan Kesultanan Delhi dan Kesultanan Moghul
-         Abad ke12M hingga 15M, Delhi menjadi pusat peradaban dan kebudayaan Islam selain menjadi pusat pemerintahan dan politik Islam
-         Kesultanan Delhi memiliki tentera yang teratur yang dibahagi 3 iaitu infantry (jalan kaki), tentera berkuda (kavalri) dan tentera bergajah
-         Pasukan tentera dibahagi 4: tentera tetap (di bawah kuasa sultan), tentera di bawah kuasa wali/gabenor, tentera di bawah kuasa orang kenamaan dan tentera sukarela
-         3 jenis tentera tersebut dibayar gaji manakala tentera syukarela hanya diberi harta rampasan perang
-         Sultan mengetuai angkatan tentera dan b ertanggungjawab terhadap gaji dan latihan
-         Ketika itu wujud system ‘Dagh’ iaitu sekumpulan pegawai yang mengawal dan menjamin peralatan tentera
-         Organisasi ini mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Qutbuddin Aibak hingga Alauddin Khilji
-         Tentera juga diguna untuk meluaskan wilayah dan menyebarkan Islam
-         Ketika ini, ubat bedil sudah mula digunakan
·         Pemerintahan Kesultanan Moghul
-         Berkuasa di India sekitar akhir abad ke15M hingga abad 18M
-         System pemerintahan disusun kemas bermula pemerintahan Baber hingga Maharaja Akbar
-         Tentera dibahagi kepada tentera infantry, dilengkapi senapang, pedang manakala tentera artileri bersenjata api dan mortar
-         Tentera kavalri diberi keutamaan oleh Maharaja Akbar
-         Juga perkenal system Mansabdari: seseorang yang mempunyai pangkat dan dikehendaki berkhidmat dalam tentera bila-bila masa
-         Susunan Mansabdari berdasarkan keturunan iaitu daripada golongan bangsawan kepada rakyat biasa
-         Jawatan Khan Qanan iaitu ketua turus angkatan tentera juga diwujudkan dan gaji mereka dibayar oleh Perbendaharaan Negara
-         Jawatan ini tidak diwarisi tetapi dilantik bergantung kepada kewibawaan seseorang
-         Tentera boleh dilantik dan dipecat oleh maharaja
-         Kesultanan Moghul juga miliki tentera laut dan untuk mengukuhkan kedudukan tentera ini, beliau mewujudkan industry pembianaan kapal di Lahore, Kashmir

Kesimpulan
-         Selepas kedatangan orang Aryan, bidang ketenteraan yang bertujuan untuk sukan mula berubah menjadi satu bidang yang bertujuan mengawal ancaman musuh serta perluasan kuasa
-         Kuasa tentera ini digunakan untuk menghadapi ancaman kuasa Barat di India

No comments:

Post a Comment