Saturday, January 14, 2012

Struktur Tentera Zaman NM

Soalan: Jelaskan struktur angkatan tentera Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
 
Pengenalan:
-         Kedatangan Islam telah mengubah semangat assabiyah yang tersemat dalam hati masyarakat Arab kepada semangat akidah dan persaudaraan
-         Dalam semangat assabiyah, ketua kabilah bertindak sebagai pemimpin tertinggi dan panglima angkatan tentera
-         Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., baginda sendiri menjadi pemimpin tertinggi angkatan tentera dan dibantu oleh para sahabat yang menjadi panglima
-         Semasa perang, baginda kerap kali mengetuai angkatan tentera menentang musuh seperti dalam Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang Khandak

Isi:
·         Jumlah tentera
-         Pada awalnya, jumlah tentera Islam terlalu kecil berbanding kekuatan tentera musuh
-         Namun jumlah tentera Islam semakin meningkat setelah Islam semakin berkembang dengan pesat
-         Cth: dalam Perang Badar, jumlah tentera Islam seramai 324 orang
-         Keadaan mula berubah dalam Perang Khandak iaitu 3000 orang
-         Dalam Perang Hunain, tentera Islam berjumlah 10,000 orang manakala dalam Perang Tabuk jumlah tenteranya seramai 30 000 orang
-         Jumlah tersebut  semakin bertambah atau berkembang selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

·         Gaji tentera
-         Tentera Islam zaman Nabi Muhammad s.a.w. terdiri daripada para sahabat
-         Mereka tidak dibayar upah kerana ikhlas berjuang semata-mata tuntutan agama
-         Bersatu-padu berjuang di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. untuk pertahan kedaulatan Negara Islam Madinah

·         Kelengkapan dan jenis  tentera
-         Biasanya tentera Islam hanya dilengkapi pedang, tombak, panah
-         Baginda juga menggunakan parit sebagai benteng pertahanan seperti dalam Perang Khandak
-         Unta dan kuda sebagai alat pengangkutan peperangan
-         Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., tentera Islam hanya aktif di posisi darat

·         Kedudukan tentera Islam
-         Baginda ,menggunakan kaedah ‘saf’ atau barisan sebelum melakukan serangan
-         Setiap barisan mengandungi puluhan atau ratusan tentera
-         Cth: dalam Perang Badar, baginda membahagikan tentera Islam kepada dua saf
-         Saf pertama merangkumi tenytera berrperisai dan tombak manakala saf kedua bersenjatakan panah dan perisai
-         Setiap saf diketuai seorang pembawa bendera dan jika terbunuh, orang lain akan gantikan tempatnya
-         Segala  arahan peperangan hanya datang daripada baginda sahaja

·         Taktik peperangan
-         Nabi Muhammad s.a.w. menggunakan beberapa taktik dan stategi peperangan
-         Taktik bertahan cthnya digunakan dalam Perang Khandak dengan menggali parit sebagai banteng yang kukuh dan sukar ditembusi musuh
-         Taktik menunggu dipraktikkan dengan menunggu kedatangan musuh dan menyerang hendap sehingga musuh tidak dapat bertindak
-         Cth dalam Perang Badar, baginda menyusun tentera di tempat strategic yang menyukarkan pihak musuh
-         Dalam taktik mengepung pula, pada peringkat awal tentera Islam mengepung kedudukan tentera musuh untuk melemehkan mereka baharulah serangan bertubi-tubi dilakukan sehingga pihak musuh tidak dapat membuat persediaan dan mendapatkan bantuan
-         Seterusnya taktik membiarkan musuh lari meninggalkan medan peperangan tanpa mengejarnya
-         Penting digunakan bagi mengelak daripada helah dan tipu daya pihak musuh

·         Menubuhkan Bandar tentera
-         Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Madinah sebagai Bandar atau pusat tentera yang akan menempatkan angkatan tentera dan bekalan ketika melancar serangan di dalam atau luar Tanah Arab

Kesimpulan
-         Kekuatan dan kemampuan tentera Islam tidak dapat dipertikai lagi
-         Misalnya dalam siri-siri peperangan, tentera Islam telah mencapai kemenangan dalam kebanyakan perang sekalipun jumlah mereka kecil berbanding tentera musuh
-         Kemenangan ini banyak dibantu oleh strategi yang diatur oleh Nabi Muhammad s.a.w. ditambah dengan kekuatan iman dalam setiap jiwa tentera Islam
-         Kekuatan yang dimiliki menggerunkan pihak musuh dan dalam keadaan tertentu ramai orang bukan Islam sanggup berada di bawah lindungan pemerintahan Islam

No comments:

Post a Comment