Saturday, January 14, 2012

Ciri Pemerintahan Beraja

Soalan 6: huraikan ciri-ciri pemerintahan beraja dengan merujuk tamadun-tamadun awal
 
Pengenalan
-          Pemerintahan dan pentadbiran merupakan antara cirri politik yang diamalkan oleh tamadun-tamadun awal pada masa dahulu
-          Pemerintahan bermaksud ialah badan eksekutif Negara yang mengandungi sekumpulan individu yang dilantik oleh pembesar
-          Pentadbiran pula merupakan satu system yang bertindak sebagai badan pelaksana
-          Menjadi asas kepada pembentukan dan kemajuan tamadun-tamadun awal seperti Tamadun Mesir, India dan Melayu
-          System pemerintahan beraja ditakrifkan sebagai system pemerintahan yang diketuai raja berkuasa mutlak
-          Raja berhak menentukan segala keputusan dengan bantuan menteri penasihat
-          System ini berasaskan campuran system tempatan dengan pengaruh luar iaitu agama Hindu dan Buddha

Isi
Ciri-ciri system pemerintahan beraja
a)       Pemerintahan
-          Raja sebagai ketua yang berkuasa mutlak
-          Raja membuat undang-undang dan rakyat tidak boleh mempersoalkannya
-          Antara kerajaan yang mengamalkan system ini ialah kerajaan Angkor dan Srivijaya dalam tamadun Melayu
-          Susunan pentadbiran di Angkor lebih keras  manakala di Srivijaya lebih bersifat ketuhanan

b)      Peranan dalam ekonomi
-          Raja berperanan aktif dalam ekonomi malahan ibu kota diraja menjadi pusat pemerintahan
-          Sumber ekonomi amat penting untuk kemahiran Negara dan kekuasaan seseorang raja
-          Raja mengawal dan menentukan wujudnya hubungan baik dengan kawasan sumber barangan
-          Cth firaun dalam Tamadun Mesir mengutip cukai daripada pedagang dan peniaga

c)       Peranan dalam keagamaan
-          Raja mengetuai aspek agama
-          Cth dalam Tamadun Indus, raja mengetuai upacara keagamaan seperti pemujaan dan korban selain mengawasi aktiviti pembinaan rumah berhala

d)      Konsep ketuhanan raja
-          Raja melalui golongan pendeta/Brahmin mewujudkan keamanan dan kemakmuran kerajaan dan rakyatnya
-          Golongan Brahmin berperanan menonjolkan kesaktian dan kekuatan raja untuk menjamin keyakinan dan taat setia rakyat kepada raja
-          Raja dianggap Tuhan atau anak Tuhan kerana dianggap memiliki kuasa luar biasa yang diberi oleh tuhan
-          Cth masyarakat dalam Tamadun Indus percaya dewa-dewi yang dianggap berkedudukan tinggi yang boleh membawa kebahagiaan dan kemusnahan
-          Perkara ini disampaikan melalui cerita dongeng, mitos dan legenda

e)      Pengaruh adat dan kepercayaan orang tempatan
-          Dipengaruhi agama Hindu dan Buddha yang dibawa dari India
-          Diamalkan di istana khasnya dalam upacara pertabalan raja
-          Raja ditabalkan menggunakan peralatan seperti cop mohor
-          Dalam Tamadun Melayu, kerabat diraja mesti bertutur dalam bahasa istana
-          Hanya kerabat diraja sahaja yang memakai pakaian berwarna kuning serta barang kemas

f)        Warisan ( system monarki )
-          Dalam Tamadun Mesir, takhta diwariskan kepada anak lelaki, jika tiada anak lelaki, takhta akan diwariskan kepada adik-beradik atau saudara lelaki
-          Takhta diwarisi secara turun-temurun

Kesimpulan
-          Pemerintahan beraja dalam tamadun awal mempunyai banyak ciri yang universal
-          Kuasa mutlak raja merupakan perkara paling penting
-          Raja merupakan sumber segala undang-undang dan dibantu oleh satu badan birokrasi yang dilantik oleh raja untuk melaksanakan pentadbiran yang lebih sistematik dan efisyen

No comments:

Post a Comment