Soalan: Huraikan sistem halaqah, madrasah dan pondok dalam sistem pendidikan Islam
Pengenalan:
- Pendidikan: proses pemerolehan sesuatu ilmu
- Pandangan Islam: pendidikan = proses sepanjang hayat, terbuka kepada semua golongan tanpa kira jantina, kekayaan dan warna kulit
- Wahyu pertama membuktikan tuntutan Islam terhadap umatnya agar menuntut ilmu
- Islam menghormati orang yang menuntut ilmu
- Dalam sejarah pendidikan Islam tanpa kira sempadan geografi, amnya pendidikan melibatkan beberapa kaedah antaranya halaqah, madrasah dan pondok
Isi
· System halaqah
- System pendidikan terawal, wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. seawall kedatangan Islam dan selepas terbinanya Masjid al Nabawi dan masih kekal hingga kini
- Suatu lingkungan berbentuk bulatan atau separa bulatan dibuat dan guru yang mengajar akan berada di tengah-tengah lingkungan tersebut
- Pembelajaran secara formal dan informal,
- Guru memiliki ilmu pengetahuan mendalam, dikatakan telah memperoleh tauliah daripada guru yang lebih terkenal
- Guru tidak bergaji, hanya mendapat imbuhan daripada masyarakat
- Kurikulum: ilmu fiqah, usuluddin, tasawuf, tafsir al Quran, Hadis
- Masa: di antara waktu solat maghrib dan isyak atau selepas sesuatu solat
- Biasanya guna kitab Arab yang diterjemah oleh guru sewaktu mengajar
· System Madrasah
- Satu sistem pembelajaran moden yang boleh disamakan dengan sekolah
- Di Malaysia, dikatakan bermula sejak abad ke20M
- 3 peringkat: rendah, menengah, tinggi
- Aceh: ada 3 buah institusi madrasah yang berbeza tahapnya iaitu ‘meunasah’, ‘rangkang’ dan ‘jamiah’(universiti)
- Subjek: berbeza ikut tahap
- Rendah: diajar asas-asas ajaran Islam membaca al Quran, baca huruf Arab, Rukun Iman, Rukun Islam
- Menengah: fikah, tasawuf, sejarah, bahasa Arab
- Tinggi: ilmu agama, ilmu hisab, kimia, ekonomi, undang-undang, bahasa, politik
- Tenaga pengajar dibayar gaji oleh pemerintah
- Bahan pengajaran: bahan berbahasa Arab dan bukan berbahasa Arab
· Sistem pondok
- Mereupakan kaedah pendidikan tertua di Asia Tenggara, paling dominan dalam kalangan masyarakat Melayu
- Pelbagai nama: dayah, pesantren, surau, langgar
- Sukatan pelajaran: tidak tersusun, bergantung kepada kemahiran guru
- Subjek: tauhid, fikah, tafsir, nahu saraf, hadis, doa-doa berkaitan kehidupan seharian
- Juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai tulisan Jawi dan bahasa Arab
- Sesetengah pondok mendedahkan ilmu perubatan tradisional seperti guna akar kayu selain jampi-jampi menggunakan ayat al Quran
- Subjek sampingan untuk hilangkan rasa jemu: nasyid, berzanji, marhaban, qasidah
- Pelajar diajar percuma, guru hanya dapat khidmat tenaga anak-anak murid mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan
- Pembelajaran dijalankan da;lam bahasa Melayu kerana kebanyakan kitab Arab diterjemah ke bahasa Melayu
- Hubungan antara guru dan anak-anak muridnya amat rapat kerana kealiman guru dan rasa tanggungjawab guru mengingatkan ibu bapa menyerahkan anak-anak untuk dididik
- Tempoh masa belajar tidak terhad, terdapat pelajar belajar di sekolah ini selama 10 tahun
- Ada juga yang berpindah dari satu pondok ke pondok lain
- Pembelajaran berlangsung waktu siang dan malam
- Kaedah pembelajaran seperti halaqah, pelajar membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka
- Guru juga kaedah hafalan, syarahan(kuliyyah), perbincangan, soal jawab, perdebatan dan pengembaraan
- Juga amal pengajaran menadah kitab: tuan guru akan baca dan huraikan isi kitab, ada kalanya pelajar diminta bergilir-gilir membaca kitab tersebut
- Tempoh menadah kitab memakan masa antara 30 minit hingga satu jam
- Guru akan menyampaikan ilmu sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk bersoal jawab
- Pelajar akan catat penerangan guru untuk menguatkan pemahaman dan ingatannya
Kesimpulan:
- Kewujudan pelbagai system pembelajaran sama ada halaqah, madrasah atau pondok telah mewujudkan budaya belajar dalam kalangan masyarakat
- Dalam konteks masyarakat di Alam Melayu, ia mencetus tamadun baru termasuk pengenalan tulisan Jawi
No comments:
Post a Comment