Saturday, January 14, 2012

Konsep Syura


Soalan : Huraikan konsep syura yang menjadi amalan dalam pemerintahan Khulafa al Rasyidin

Pengenalan:
-          Syura: sebuah lembaga atau majlis perundingan Negara yang tertinggi
-         Penubuhannya selaras dengan firman Tuhan dalam surah Ali-Imran ayat 159
-         Majlis Syura dibentuk bagi mendapatkan kata putus dalam menjalankan sesuatu tindakan yang tidak diputuskan oleh al Quran dan Hadith

Isi:
·         Syura adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud mesyuarat
-         Dari sudut istilah: permesyuaratan yang diadakan sekumpulan ulama dan umat Islam dalam segala hal berkaitan kepentingan dan kebajikan berdasarkan keimanan dan ketakwaan

·         Merupakan satu cirri penting dalam pemerintahan dan pentadbiran Islam
-         Dipraktikkan sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan disertai para sahabat
-         Cth: amalan syura semasa Perang Badar dan Perang Uhud

·         Zaman KAR: konsep syura diamal secara meluas
-         Dapat dilihat dalam pelbagai bidang kehidupan seperti bidang politik iaitu perlantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq sebagai khalifah pertama yang dipilih hasil permesyuaratan di saqifah Bani Sarah
-         Perlantikan Saidina Umar al Khattab juga melalui cadangan Saidina Abu Bakar yang kemudiannya dibaiah oleh orang ramai
-         Saidina Uthman pula dilantik melalui satu Majlis Syura yang calonnya terdiri daripada 6 orang sahabat
-         Saidina Ali pula dilantik oleh para penyokongnya namun kemudiannya diperakui orang ramai kecuali penduduk Syam

·         Perlantikan ahli Majlis Syura: seorang lelaki Islam, sudah baligh, merdeka, bersifat adil, siasah yang tajam
-         Jumlahnya tidak ditetapkan, bergantung kepada keperluan semasa
-         Seseorang khalifah yang telah dilantik perlu mendapat baiah daripada orang ramai yang berbentuk sumpah setia

·         Zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab: Majlis Syura dibahagi 2 bahagian iaitu Majlis Syura Tertinggi dan Majlis Syura Am
-         Majlis Syura Tertinggi dianggotai Uthman b affan, Ali b Abi Talib, Abdul Rahman b Auf, saad b Abi Waqas, Muaz b Jabal

·         Tanggungjawab Majlis Syura: membuat polisi Negara, soal-soal hubungan luar serta masalah politik dan social
-         Amalan syura membuka peluang seluas-luasnya kepada semua orang untuk kemuka fikiran dan khalifah sendiri perlu patuhi keputusan Majlis Syura
-         Namun terdapat keadaan, syura tidak diamalkan
-         Cth: semasa Saidina Abu Bakar membuat keputusan memerangi golongan yang enggan membayar zakat: beliau menolak cadangan Saidina Umar dan meneruskan pendiriannya menentang golongan itu

Kesimpulan:
-         Syura merupakan satu cirri keadilan dan persepakatan dalam system pemerintahan KAR
-         Namun terdapat sesetengah keadaan, syura tidak diamalkan
-         Namun didapati syura telah dilaksanakan secara meluas dan telah menjadi amalan tradisi khalifah dalam menentukan dasar pemerintahan mereka

1 comment: