Saturday, January 14, 2012

Khalifah & Peranannya


Soalan : Huraikan konsep khalifah serta peranannya dalam sistem pentadbiran Islam

Pengenalan:
-         Insitusi khalifah amat penting dalam sejarah pemerintahan Islam
-         Melambangkan pembinaan sebuah Negara Islam sebenar yang berpandukan al Quran dan Sunnah
-         Sejarah khalifah bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. apabila Saidina Abu Bakar dilantik sebagai khalifah pertama
-         Diikuti Saidina Umar al Khattab, Saidina Uthman d Affan dan Saidina Ali b Abi Talib
-         Diteruskan khalifah dari Bani Umaiyah dan Abasiyyah
-         Institusi khalifah mula merosot selepas kerajaan Abasiyyah kerana kebanyakan pemerintah telah menyimpang daripada konsep pemerintahan Islam sebenar

Isi
·         Perkataan khalifah: perkataan Arab iaitu pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
-         Konsepnya merujuk kepada jawatan sebagai ketua Negara Islam bagi menggantikan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. selepas kewafatan baginda
-         Syarat-syarat perlantikan: mempunyai istiqamah dalam akidah dan mengeluarkan pendapat, sempurna sifat agar boleh menjalankan tugas dengan lancar, ilmu agama dan pentadbiran yang tinggi

·         Proses perlantikannya melalui Majlis Syura
-         Cthnya semasa perlantikan Saidina Abu Bakar al Siddiq
-         Seorang khalifah mesti baik, warak, mahir ilmu agama dan pentadbiran

·         Peranan khalifah:
a)     Imamah: menjalankan pentadbiran mengikut al Quran dan hadith
-         Tujuan: jaga kepentingan agama dan masyarakat Islam selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w.
-         Ibn Khaldun: khalifah bertugas menegakkan agama dan mentadbir dunia berpandukan al Quran dan sunnah bagi membawa kebahagiaan hidup dunia dan akhirat

b)     Menjalankan perundangan Islam
-         Laksana undang2 ikut hukum dalam al Quran dan Sunnah seperti hokum hudud, qisas dan takzir
-         Pastikan perlaksanaan undang2 Islam dijalankan dengan adil dan saksama tanpa sebarang unsure penipuan, penindasan, kezaliman
-         Pastikan semua bentuk berkaitan perundangan dikawal dengan betul seperti saksi, perlantikan hakim, perlaksanaan hokum

c)     Menjalankan sistem ekonomi selaras dengan Islam agar sumber pendapatan rakyat dan pemerintah adalah bersih
-         Hapus semua bentuk ekonomi jahiliyah seperti judi, riba, penipuan, penindasan terhadap golongan miskin
-         Pastikan perjalanan sistem cukai dan zakat lancar tanpa sebarang unsure penyelewengan dan penipuan

d)     Jaga keselamatan rakyat daripada ancaman musuh dari dalam atau luar
-         Bina kubu pertahanan, tambah bilangan askar, tambah keupayaan anggota dan senjata
-         Cth: Khalifah Umar susun semula tentera Islam bagi jaga keselamatan Madinah dan wilayah Islam dari ancaman Rom dan Parsi

e)     Sedia kemudahan awam: jaga kebajikan rakyat
-         Kemudahan pendidikan, kesihatan, hospital, sekolah, masjid
-         Cth: Khalifah Umar bina jalan raya bagi menghubungkan Bandar utama serta beberapa kemudahan awam lain untuk keselesaan rakyat

Kesimpulan:
-         Khalifah mempunyai tanggunjawab besar yang diamanahkan oleh rakyat kepadanya
-         Maknanya seseorang khalifah yang dipilih sepatutnya memiliki keupayaan dan kemampuan dalam pelbagai aspek khasnya keagamaan dan kemahiran mentadbir
-         Perlantikan khalifah tanpa berdasarkan kelayakan akan memusnahkan dan menghancurkan sesebuah kerajaan itu sendiri dan akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat jelata

No comments:

Post a Comment