Soalan: Terangkan prinsip pendidikan Islam dan system pendidikan Islam di Sepanyol.
Pengenalan
- Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. amat menitikberatkan pendidikan, iaitu sesuai dengan ayat pertama yang diturunkan iaitu `Iqra’
- Islam merangkumi prinsip muamalat, kebudayaan, kesusasteraan, falsafah, ekonomi, politik dan pelbagai cabang ilmu
- Walaupun Nabi Muhammad s.a.w. buta huruf namun baginda berupaya mengajar ilmu psikologi, falsafah dan prinsip pendidikan
- Dasar pendidikan islam mendorong manusia berfikir serta membuat kajian lalu dipraktikkan dalam hidup
- Manusia perlu mencari peluang memperoleh ilmu pengetahuan setakat yang termampu
Isi
a) Dasar Pendidikan Islam
- Tidak sekadar mempengaruhi dan mengubah tamadun manusia bahkan terus berkembang sehingga berkembangnya tamadun Islam sehingga kini
- Prinsip pendidikan berdasarkan al Quran dan hadis yang mendorong manusia agar berfikir melalui pengalaman dan penceritaan sejarah terdahulu untuk dijadikan iktibar dan pengajaran
- Prinsip pendidikan Islam berperingkat-peringkat untuk memudahkan manusia memahaminya
- Bermatlamat untuk memberi peluang kepada manusia agar memperoleh ilmu sebanyak mana yang mungkin dan termampu oleh akal
b) Sistem pendidikan Islam di Sepanyol
- Bermula semasa zaman Kerajaan Bani Umaiyah yang menggalakkan kegiatan keilmuan dan penyelidikan dengan membina banyak masjid sebagai pusat kegiatan ilmu pengetahuan
- Menggalakkan para ilmuan dari dalam dan luar Negara untuk memberi ilmu kepada para pencinta ilmu
- Ada 3 peringkat system pendidikan:
i) Peringkat rendah: belajar membaca al Quran dan tatabahasa Arab
ii) Peringkat menengah: dijalankan secara persendirian tanpa sukatan pelajaran yang khusus
iii) Peringkat tinggi: sekumpulan professor akan mengendali kursus-kursus pada peringkat ijazah berpusat di Cordova dan Toledo
- Ketika itu, kota Cordova menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dari seluruh Negara Arab dan Eropah
- System pendidikan ini telah melahirkan tokoh-tokoh ilmuan seperti al Khawarizmi yang pakar dalam bidang matematik serta Ibn Sina iaitu pakar perubatan
- Banyak buku telah diterjemah ke bahasa Eropah
- Masjid baru dibina sebagai tempat pengembangan ilmu selain kerajaan turut mengamalkan dasar kebebasan beragama
Kesimpulan
- Kerajaan Bani Umaiyah Sepanyol telah Berjaya menjadikan kota-kotanya sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan
- Banyak tokoh ilmuan telah muncul seperti al Khawarizmi, Ibn Sina dan Ibn Hazmi yang merancakkan lagi ilmu pengetahuan pada ketika itu
- Ketokohan para ilmuan telah dijadikan rujukan
- Banyak buku telah diterjemah ke dalam bahasa lain seperti bahasa Eropah
No comments:
Post a Comment