Saturday, January 14, 2012

Perkembangan Mata Wang

Soalan: Huraikan sejarah perkembangan mata wang dan peranannya kepada masyarakat

Pengenalan:
-         Orang Islam pada awalnya tidak mempunyai mata wang sendiri
-         Mereka meniru dan mengubahsuai mata wang asing seperti mata wang Rom, Parsi dan Yunani
-         Mata wang terawal Islam dapat dilihat melalui penggunaan mata wang Rom yang berbentuk mata wang dinar emas dan mata wang Parsi berbentuk dirham perak
-         Sejarah pembentukan mata wang dikatakan bermula pada zaman Khalifah Umar al Khattab
-         Manakala Khalifah Ali Abi Talib merupakan orang pertama mengadakan pembaharuan mata wang Islam pada tahun 660M di kota Basrah dengan memperkenalkan mata wang dirham Islam yang ditulis dengan khat khufi

Isi
·         Peranan mata wang dalam Islam
a)       Untuk membayar zakat: merupakan kewajipan dalam al Quran. Nisab dan kadar ditentukan oleh Hadis seperti zakat perniagaan, emas dan perak, binatang ternakan dan pertanian, zakat fitrah, zakat wang simpanan serta zakat saham dan pendapatan
b)       Untuk membayar cukai dan memudahkan kadar dan bayaran cukai umat Islam dan bukan Islam seperti cukai kharaj iaitu 10 dirham bagi setiap unit tanah pertanian
c)       Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi semua urusan perdagangan, jual beli, hutang dan sebagainya mengikut nilaian mata wang bukannya system barter
d)       Menjadiu sebab penting Madinah menjadi pusat perdagangan di tanah Arab
e)       Kerajaan Islam yang memerintah akan menentukan belanjawan seperti gaji, elaun, simpanan baitulmal, sewaan dan cukai tahunan. Contohnya bayaran gaji tentera semasa zaman Khalifah Bani Umaiyah dan Abasiyyah
f)        Sebagai alat memelihara perimbangan social masyarakat, mengelak penipuan dan penindasan melalui system barter
g)       Menjamin keadilan ekonomi dalam masyarakt
h)      Sebagai lambang Negara Islam dan merupakan satu daripada artifak penting sebagai bahan bukti keislaman sesebuah Negara
i)        Mata wang menjelaskan agama, system pentadbiran dan pengaruh yang diterima oleh sesebuah kerajaan seperti zaman Bani Umaiyah, kerajaan islam di India dan kerajaan Melayu Nusantara
j)        Mata wang digunakan berleluasa semasa Melaka muncul sebagai pusat perdagangan dan penyebaran Islam

Kesimpulan
-         Perkembangan perdagangan kuasa-kuasa Eropah di dunia telah menamatkan penggunaan mata wang Islam dalam urus niaga dunia

No comments:

Post a Comment