Saturday, January 14, 2012

Prinsip Asas Ekonomi Islam

Soalan: Asas ekonomi Islam ternyata berbeza dengan ekonomi sosialis yang berkonsepkan ‘laissez faire’. Jelaskan prinsip asas ekonomi Islam dan fungsi zakat dalam Islam

Pengenalan:
-         Ekonomi berasal daripada dua perkataan Yunani, ‘oikou’ dan ‘nomos’
-         Ekonomi mengikut konsep Islam ialah satu ilmu yang mengkaji aktiviti manusia selaras dengan tuntutan Islam sama ada di peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri, masyarakat dan Negara demi mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
-         Tujuan ekonomi Islam ialah satu pengabdian diri kepada Allah s.w.t

Isi
·         Matlamat ekonomi Islam
-         Mewujudkan kesejahteraan ekonomi bagi individu, masyarakat dan Negara
-         Menyediakan keperluan asas
-         Penggunaan dan pengurusan sumber secara berkesan
-         Pengagihan harta dan kekayaan secara adil dan saksama
-         Menjamin kerjasama dan keadilan

·         Prinsip asas ekonomi Islam adalah suatu yang tidak boleh berubah walau dalam apa situasi sekalipun kerana prinsip asas ekonomi Islam ialah al Quran dan Hadis
-         Prinsip asas mesti berteraskan Tauhid kepada Allah dan segala perbuatan mestilah kerana Allah s.w.t. berdasarkan beberapa perkara:
i)                    Aktiviti berbentuk kebaikan dan bermanfaat
ii)                   Amalan riba, eksploitasi sumber dan tamak adalah dilarang
iii)                 Aktiviti yang tidak menjurus keuntungan akhirat akan mendapat balasan buruk
-         Pelaksanaan ekonomi mesti mengikut ketetapan Allah s.w.t. untuk membentuk satu budaya ekonomi dan masyarakat yang harmoni
-         Penerokaan sumber ekonomi:
i)                    Sumber yang dilakukan perlu diurus dengan baik untuk mendapat manfaat diri dan masyarakat
ii)                   Pengurusan ekonomi harus jujur dan amanah
iii)                 Pembaziran dan kemusnahan sumber perlu diminimumkan
iv)                 Aktiviti pengagihan dan penggunaan harus bersepadu dengan norma-norma akhlak

·         Fungsi  zakat
-         Membentuk masyarakat yang adil dan penyayang kerana golongan kaya akan membantu golongan miskin
-         Merupakan ujian kepada keimanan dan ketakwaan seseorang kepada Allah s.w.t.. Zakat merupakan cara terbaik untuk menjadikan Negara dan umat Islam muncul sebagai golongan yang kaya dan makmur
-         Juga dapat mengeratkan silaturrahim antara golongan kaya dan miskin
-         Merupakan tanda syukur manusia atas nikmat yang diperoleh seterusnya dapat menghilangkan penyakit-penyakit hati dalam diri manusia
-         Memberi kekuatan rohani dan jasmani kepada fakir miskin
-         Satu daripada cara memelihara harta daripada hilang kerana manusia suka membelanjakan hartanya ke jalan maksiat
-         Bertanggungjawab meringankan beban mereka yang berhutang
-         Membantu orang yang berjuang untuk berjihad ke jalan Allah s.w.t.
-         Memberi kemudahan kepada musafir untuk meneruskan perjalanannya

Kesimpulan
-         Ekonomi Islam berteraskan sifat ketakwaan kepada Allah s.w.t. iaitu menjauhkan diri daripada perkara haram
-         Hanya manusia yang benar-benar ikhlas sahaja yang mengeluarkan

No comments:

Post a Comment