Soalan: Huraikan sumbangan Tamadun Mesopotamia dalam bidang agama dan kepercayaan
Pengenalan:
- Antara ciri masyarakat bertamadun: kewujudan agama dan kepercayaan
- Agama: kepercayaan kepada tuhan, dewa-dewi atau roh nenek moyang serta kebaktian dan kewajipan yang berkaitan dengannya
- Kepercayaan: sesuatu yang dianggap benar
- Tradisi agama dan kepercayaan Mesopotamia diasaskan orang Sumeria dan mempunyai penmgaruh besar dalam bidang ekonomi, social dan politik
Isi
· Idea keagamaan orang Sumeria terkandung dalam kitab-kitab agama berbentuk epic, mitos dan teks-teks agama
- Kitab-kitab ini ditemui di perpustakaan pendeta di Nippur
- Amalan ritual keagamaan masyarakat ini juga menggambarkan idea keagamaan mereka
- Penemuan mohor-mohor silinder, patung dewa-dewi dan tradisi pembinaan rumah berhala juga mengandungi maklumat idea keagamaan masyarakat ini
· Kepercayaan politeisme: terdapat berates-ratus tuhan yang mendiami syurga
- Tuhan-tuhan ini memiliki status, kedudukan dan kepentingan yang berbeza
- Terdapat tuhan peringkat kebangsaan, peringkat Bandar, mukim, dan kampong
- Antara tuhan Bandar yang terkenal: Shara(penaung Bandar Umma), Zababa(penaung Bandar Kish)
· Sembah dewa-dewi: mempengaruhi segala aspek kehidupan manusia
- 3 dewa-dewi utama: An, Enlil, Enki
- Menjadi lambang fenomena alam: matahari, bulan dan bintang
- Cth: An: tuhan langit, Enlil: tuhan udara
- Pemujaan unsure alam dilakukan untuk elak bencana alam
· Tuhan-tuhan diberikan sifat manusia
- Miliki rupa fizikal manusia, berpengetahuan tinggi, memiliki sifat baik dan buruk
- Terdapat beberapa tahap dalam hubungan antara manusia dan tuhan
- Cth: Raja Babylon mempunyai hubungan langsung dengan tuhan Marduk
- Petani mempunyai hubungan dengan tuhan barli(Ashnan) dan tuhan Lembu(Shumuqan)
- Hubungan antara tuhan dengan manusia ibarat hubungan antara tuan dengan hamba
· Rakyat Mesopotamia mempunyai peranan dalam aspek keagamaan
- Setiap individu dikehendaki laksana tugas dan tanggungjawab dalam hal-hal agama
- Cth: perlu mempraktikkan nilai-nilai murni, hormati peraturan dan pantang larang, hulur derma serta ambil bahagian dalam upacara keagamaan
· Rakyat Mesopotamia juga mempunyai tradisi membina rumah ibadat iaitu ziggurat
- Upacara penyembahan dan pemujaan dilakukan di sini
- Semasa upacara sembahyang, alat-alat muzik dibunyikan dan lagu-lagu suci dinyanyikan
- Golongan pendeta mengetuai upacara pemujaan
- Ketua pendeta dipanggil Enu yang dibantu oleh pegawai-pegawai rumah ibadat seperti Masmashshu (penyanyi lagu suci), Pashishu (pembaca doa dan Ahipi (bomoh)
- Jelas bahawa terdapat struktur pentadbiran yang sistemati dalam rumah berhala
Kesimpulan
- Berdasarkan maklumat di atas, jelas bahawa masyarakat Mesopotamia memiliki tradisi keagamaan dan kepercayaan yang tersendiri
- Mereka amal kepercayaan politeisme iaitu penyembahan banyak tuhan seperti tuhan An, Enlil dan enki
- Tuhan-tuhan mereka mempunyai pertalian rapat dengan unsure-unsur alam
No comments:
Post a Comment