Saturday, January 14, 2012

Kedudukan & Peranan Kharaj

Soalan: Bincangkan kedudukan dan peranan ‘kharaj’ pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab.

Pengenalan
-         Kharaj ialah istilah yang digunakan untuk cukai yang telah dikenali semenjak zaman Mesir purba
-         Para pemerintah zaman purba telah melihat tanah sebagai satu asset penting dan menjadikannya milik penuh raja atau sultan
-         Pada zaman pemerintahan Islam, khasanya Khalifah Umar al Khattab, system percukaian ini diguna pakai secara meluas dan teratur

Isi
·         Kharaj atau cukai tanah yang diamalkan pemerintah Islam merupakan kadar yang ditunaikan oleh rakyat berasaskan nilai mata wang atau bahagian daripada hasil yang diperoleh dari tanah-tanah yang diusahakan oleh rakyat
-         Cukai dikutip bagi tanah yang dibuka oleh tentera Islam melalui peperangan
-         Khalifah Umar mengamalkan kutipan ini setelah memutuskan bahawa tanah rampasan perang tidak boleh dimasukkan sebagai ‘ghanimah’ atau harta rampasan perang
-         Maknanya tanah-tanah tersebut tetap kekal menjadi milik tuan tanah asal dalam kalangan penduduk tempatan
-         Mereka dikenakan kharaj yang mesti dibayar sama ada dalam bentuk mata wang atau sebahagian hasil yang diperoleh daripada usaha tanah tersebut

·         Juga dikenakan ke atas tanah yang dibuka oleh umat Islam di kawasan pedalaman
-         Juga dikenakan ke atas tanah terbengkalai milik kerajaan yang diusahakan umat Islam

·         Nilai cukai kharaj yang dikutip adalah berbentuk nilai mata wang atau bahagian hasil bumi yang diusahakan
-         Nilai ukuran yang dikira tidak tetap dan tertakluk kepada nilai mata wang dan kesuburan tanah
-         Hasil cukai dikutip selepas pemungutan hasil daripada tanah yang diusahakan dan berdasarkan kiraan tahun ‘syamsiah’
-         Pengiraan hasil kharaj berasaskan keluasan tanah

·         System kharaj yang diamalkan telah memberi keadilan kepada masyarakat bagi mengusahakan tanah-tanah yang dimilki
-         Pemungutan serta nilai kharaj tidak mendatangkan kesulitan kepada para petani
-         Kesannya ia dapat membebaskan petani daripada dieksploitasi pengusaha-pengusaha dan tenera Islam

·         Hasil yang diperoleh dapat dimanfaat oleh pemerintah untuk memperbaiki infrastruktur, prasarana dan aktiviti-aktiviti yang boleh memajukan lagi kegiatan pertanian
-         Melalui langkah-langkah yang dijalankan, kemajuan sector pertanian dapat berjalan dengan baik dan tersusun

·         Cukai kharaj yang adil telah Berjaya membawa kepada kesediaan rakyat menjelaskan cukai tersebut dengan sempurna
-         Kesannya, hubungan antara pemerintah dengan rakyat amat baik
-         Kerajaan dapat pertingkat usaha memperbaiki projek pembangunan bagi sector pertanian manakala rakyat dapat menikmati peningkatan hasil pertanian

Kesimpulan
-         Berdasarkan huraian-huraian di atas, jelaslah kharaj yang diamal secara bijaksana oleh Khalifah Umar telah Berjaya memajukan pihak kerajaan dan rakyat
-         Beliau bertindak secara adil dengan menghitung keluasan tanah dan kesuburan serta jenis tanaman yang diusahakan
-         Cara pembayarannya mudah sama ada melalui mata wang atau hasil pertanian
-         Akhirnya pasti ia dapat memberi keadilan kepada rakyat dalam mempertingkat pembangunan ekonomi Negara dalam sector pertanian

1 comment: