Soalan: Huraikan sumbangan Kautilya dalam bidang ketenteraan di India pada zaman klasik
Pengenalan:
- Pemikir ketenteraan: tokoh-tokoh yang menyumbang kepada ketahanan dan pertahanan sesebuah Negara melalui falsafah pemikiran mereka
- Antaranya: Kautilya, Sun Tzu, Nicollo Machiavelli
- Kautilya: pemikir ketenteraan terulung dalam tamadun India pada zaman klasik
- Merupakan seorang menteri Brahmin yang berkhidmat semasa Dinasti Maurya iaitu Chandragupta Maurya pada abad ke3SM
- Menghasilkan buku tentang strategi perang dan teori politik berjudul ‘Arthasastra’ (Science of Gain of Power)
Isi
· Idea tentang hubungan dengan Negara lain
- Menyarankan 6 bentuk hubungan antara Negara
i) Mementingkan keamanan: aktiviti perang seboleh-bolehnya dielakkan
ii) Bersedia untuk berperang: perang dilancar apabila keamanan gagal dipertahankan
iii) Membiarkan musuh lancar serangan pertama; guna strategi bertahan dan bersedia hadapi serangan musuh
iv) Melancar serangan pertama
v) Bersekutu dengan musuh: perang dapat ditangguhkan buat sementara waktu
vi) Dasar duaan: berbaik-baik dengan satu pihak musuh dan menyerang pihak musuh lain. Digunakan apabila menghadapi lebih daripada satu musuh dalam satru masa
· Strategi memenangi peperangan
i) Memujuk musuh melalui perbincangan
ii) Memujuk musuh melalui rasuah
iii) Menanam benih perpecahan atau rasuah
iv) Melancar perang jika usaha-usaha di atas menemui kegagalan
· Saranan kepada pemerintah
i) Fahami kekuatan sendiri dan kekuatan musuh
ii) Kautilya berpendapat kekuatan tentera tidak cukup untuk memastikan kemenangan
iii) Pemerintah harus mengkaji kekuatan sendiri dan kelemahan pihak musuh sebelum melancarkan serangan
iv) Pengetahuan tentang kekuatan musuh memberi peluang kepada pemerintah untuk memperkasakan pasukannya agar standing atau lebih baik daripada tentera musuh
· Kepentingan komplot/konspirasi
- Kemampuan mengatur konspirasi lebih baik daripada kegagahan
- Komplot membantu memecah-belahkan musuh tanpa melibatkan diri dalam peperangan yang mengorbankan banyak nyawa
· Peggunaan kaedah subversive
- Pemerintah boleh merasuah dan menghantar perisik bagi menjatuhkan pihak lawan
- Menyarankan agar taktik kotor digunakan tatkala peperangan mengalami jalan buntu
- Cth taktik: perisik untuk dapatkan maklumat, guna pelacur untuk goda askar musuh, merasuah pegawai tentera, tukang masak dan sesiapa sahaja dalam istana pihak musuh
· Menyerang pada waktu yang sesuai
- Waktu yang dipilih untuk berperang menentukan kejayaan atau kegagalan dalam peperangan
- Serangan harus dilakukan ketika musuh dalam keadaan leka, menghadapi masalah kekurangan bekalan makanan dan sedang berlaku perpecahan
Kesimpulan
- Kautilya merupakan tokoh pemikir ketenteraan yang memberi sumbangan besar dalam bidang ketenteraan
- Kemukakan idea tentang ketenteraan melalui bukunya, ‘Arthasastra’
- Kitab ini mengandungi maklumat tentang pentadbiran ketenteraan, diplomasi, taktik dan strategi peperangan, prinsip peperangan dan cara pemerintah mengekalkan kuasa
- Idea yang disarankan Kautilya membantu para pemerintah mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap
No comments:
Post a Comment