Saturday, January 14, 2012

Pembentukan Negara Bangsa

Soalan: Huraikan faktor-faktor pembentukan Negara bangsa pada abad ke15 di Eropah
Pengenalan:
-          Istilah Negara bangsa merujuk kepada sebuah Negara yang bebas daripada konsep dunia empayar dan memiliki pemerintah sendiri, bahasa kebangsaan, sempadan wilayah dan hak untuk menggubal undang-undang sendiri
-          Juga bermaksud berakhirnya kuasa golongan bangsawan, autoriti tempatan, keistimewaan-keistimewaan bersifat adat dan pengaruh Gereja Katolik Rom
-          Negara bangsa di Eropah terbentuk melalui kemunculan dinasti, keluarga baru, perkahwinan keluarga diraja dan konsep empayar
-          Cth Negara bangsa yang wujud sekitar abad ke15 ialah England(Britain), Perancis dan Sepanyol
Isi:
a)       Kejatuhan system feudal
-          Feudalisme ialah system susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat pada zaman pertengahan awal yang mengandungi raja, bangsawan(vassal), petani(serf) dan rakyat biasa
-          Lama-kelamaan ‘vassal’ semakin berkuasa menyebabkan raja berasa terancam lalu membentuk pasukan tentera untuk memerangi ‘vassal’
-          Negara bangsa wujud apabila raja menyatukan kawasan persekitaran daripada kelompok bangsa yang sama

b)      Perang Salib
-          Orang Kristian meminta bantuan Pope(Paus) dan pemerintah Eropah untuk bantuan ketenteraan
-          Pemerintah meminta bantuan ‘serf’ dan ‘vassal’
-          Perang Salib menyedarkan orang Kristian tentang kelemahan diri dan ingin mewujudkan Negara bangsa seperti zaman kegemilangan Tamadun Rom dan Yunani

c)       Rennaisance
-          Pertembungan budaya menyebabkan raja mempersoalkan budaya lama dan inginkan perubahan dari aspek intelektual dan pentadbiran serta memperoleh sokongan rakyat

d)      Perubahan ekonomi
-          Perkembangan ekonomi dagangan, perindustrian dan komersil di Bandar menyebabkan ‘serf’ lari daripada ‘vassal’ untuk pergi ke Bandar
-          Kesannya ‘vassal’ makin lemah dan pengaruh raja makin kuat

e)      Kemunculan golongan pertengahan
-          Mengusahakan perdagangan dan perindustrian
-          Sanggup menyokong  dan membayar cukai yang banyak kepada pemerintah yang boleh mewujudkan keamanan untuk pertumbuhan ekonomi
-          Raja guna hasil cukai untuk menguatkan pengaruh dan kuasanya

f)        Perkembangan bahasa kebangsaan
-          Raja yang ingin wujudkan Negara bangsa memberi kebebasan berbahasa dan mewujudkan bahasa kebangsaan untuk mendapat sokongan kelas pertengahan
-          Cth di Perancis, buku2 ditulis dalam Bahasa Norman dan Burgundi, bukannya bahasa Latin

g)       Pemberian anugerah
-          Gelaran ‘Duke’, ‘Earl’, ‘Count’ dan ‘Baron’ dapat memuaskan hati golongan bangsawan serta memudahkan raja mengawal mereka untuk meraih taat setia golongan ini

h)      Gereja
-          Amat berkuasa dalam aspek politik, ekonomi dan social yang menggugat kedudukan raja
-          Dapat dihalang menyebabkan raja mendapat sokongan rakyat

Kesimpulan
-          Pembentukan Negara bangsa menggiatkan penjelajahan dan penerokaan, mengembangkan ilmu sains, pelayaran, geografi dan falsafah

1 comment: