Soalan : Bincangkan kurikulum pendidikan Islam pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan Khulafa al Rasyidin
Pengenalan
- Pendidikan pertama bermula denga turunnya wahyu pertama dengan perkataan ‘Iqra’ (bacalah) dari surah al Alaq, ayat 1
- Pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w. berdasarkan pendidikan akidah, pendidikan akhlak, dan pendidikan syariah
- System pendidikan yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersumberkan wahyu daripada Allah s.w.t.
- Pendidikan Islam berasaskan pendidikan akhlak, akidah dan syariah
Isi
· Pendidikan zaman Nabi Muhammad s.a.w.
- Di Makkah pendidikan islam lebih tertumpu kepada persoalan akidah kerana masyarakat di sana berpegang kepada ajaran sesat yang diwarisi nenek moyang mereka
- Baginda berdakwah secara berpidato dan bersyarahdi pecan-pekan sekitar Makkah
- Muaz bin Jabal telah dihantar ke Yaman untuk menyebarkan Islam
- Setelah berhijrah ke Madinah, pendidikan dijalankan secara formal di masjid
- Umat Islam diwajibkan berpuasa dan mengerjakan haji
- Pendidikan di Madinah berkonsepkan penyatuan ummah
- Pendidikan akhlak di Madinah adalah kesinambungan daripada pendidikan akhlak di Makkah
· Pendidikan zaman Khulafa al Rasyidin
- Khalifah Abu Bakar telah mengumpulkan al Quran dengan memerintahkan Zaid bin Thabit
- Penyebara hadis dilakukan dan Masjid Nabawi dijadikan tempat pengajaran dan pembelajaran
- Khalifah Abu Bakar berdakwah dengan memberi 3 pilihan kepada orang kafir
- Beliau mengutus panglima tentera ke banyak tempat
- Semasa Saidina Umar, beliau menyusun semula metodologi pendidikan yang sesuia dengan orang yang baru memeluk Islam
- Beliau memerintahkan pemimpin setempat memastikan rakyat mereka mengerjakan solat Jumaat
- Beliau juga memerintahkan nahu Arab disusun
- Ketika Basrah dan Kufah menjadi pusat pengajian, pendidikan tauhid dan kebudayaan Islam telah tersebar
- Khalifah Uthman pula memerintahkan Zaid bin Thabit menyalin naskah al Quran
- Khalifah Ali dianggap pengasas ilmu nahu Arab
- Beliau melantik pemimpin melalui baiah
Kesimpulan
- Pendidikan kurikulum zaman Khulafa al Rasyidin telah memberi ruang yang lebih luas kepada pemerintahan selepas itu
- Pemerintah Khulafa al Rasyidin mengutamakan pendidikan agama yang berteraskan al Quran dan Hadis
No comments:
Post a Comment