Saturday, January 14, 2012

Tamadun Awal

Soalan : Dengan merujuk kepada tamadun-tamadun awal, huraikan bagaimanakah kerajaan-kerajaan ini mengekalkan dan memperkukuhkan empayar mereka.

Pengenalan:
-          Masyarakat bertamadun merupakan sebuah masyarakat yang dicirikan oleh perkembangan aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan social
-          Pada pandangan orang Arab, tamadun diertikan dengan ‘mudun’ atau ‘madain’ dan ‘madana’
-          Orang Islam seringkali mengaitkan peningkatan tamadun dengan aspek rohaniah dan jasmaniah
-          Antara tamadun awal ialah tamadun Mesopotamia, India, China dan Mesir
-          Dengan wujudnya kuasa yang kuat dalam tamadun maka terhasil dan terbentuklah beberapa empayar ulung

Isi
·         Maksud empayar
-          Sebuah kerajaan yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai wilayah-wilayah atau  negeri-negeri yang luas
-          Diperintah oleh seorang pemimpin berwibawa iaiatu maharaja atau maharani
-          Pembinaan sesebuah empayar biasanya melalui aktiviti penaklukan yang juga didorong oleh idealisme atau matlamat seseorang pemerintah
-          Cth empayar: Empayar Mesopotamia (merangkumi Empayar Akadia, Sumeria, Babylon), Empayar China (merangkumi Dinasti Chin, Han, Tang), Empayar India (merangkumi Empayar Maurya, Gupta dan Moghul)

·         Sistem pentadbiran yang sistematik
-          System pentadbiran yang cekap dapat mengawal rakyat melalui ketaatan
-          Para pembesar dan bangsawan juga mempunyai peranan masing-masing
-          Cth Empayar Maurya mempunyai system pemerintahan pusat yang kukuh
-          Maharajanya dibantu menteri-menteri penasihat
-          Baginda juga dibantu Jabatan Perlombongan, Akaun, Perbendaharaan, Pertanian
-          Namun beberapa faktor dikenalpasti sebagai penyebab kemerosotannya iaitu kepimpinan yang lemah, kelemahan ketenteraan, kemerosotan ekonomi, bencana alam serta pemberontakan oleh rakyat

·         Pengukuhan pertahanan dan ketenteraan
-          Merupakan faktor yang dominan untuk jangka masa panjang
-          Kekuatan tentera melambangkan kekuasaan seterusnya dapat mengelakkan serangan musuh
-          Cthnya dalam Tamadun India, raja mengetuai angkatan tentera dibantu oleh panglima agung/’mahasenapati’ yang merupakan kerabat diraja yang menerima arahan langsung daripada raja
-          Diikuti oleh kapten iaitu golongan unit bangsawan feudal
-          Unit asas tentera India ialah ‘patti’ atau platun yang dibekalkan seekor gajah, sebuah kereta kuda, 3 ekor kuda dan 5 orang tentera
-          Doctor dan jururawat juga terlibat sama
-          Kaum wanita menjadi tukang masak dan pelayan di medan perang
-          Tentera India terdiri daripada tentera bergajah, berkuda, berkereta kuda dan infantry
-          Gajah dilatih untuk tujuan peperangan sebagai perisai dan merempuh musuh, kota dan tembok
-          Struktur ketenteraan yang tersusun membolehkan Empayar Maurya bertahan lebih 200 tahun

·         System perundangan
-          Undang-undang diwujudkan untuk mengukuhkan sesebuah empayar
-          Rakyat harus patuhi undang-undang yang ditetapkan
-          Rakyat akan dihukum sekiranya melanggar undang-undang
-          Cth pemerintah Tamadun Rom menggubal undang-undang Papan Dua Belas atau Undang-Undang Justinian yang bermula sejak 449SM
-          Kanak-kanak dilatih dan diajar memahami dan menghafal undang-undang
-          Seseorang yang dituduh bersalah adalah tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan   

·         Pengukuhan ekonomi
-          System ekonomi setiap tamadun bermula di kawasan berhampiran sungai atau sumber air
-          Seseorang pemerintah akan membina pusat-pusat pentadbiran di lembah-lembah sungai
-          Raja akan membangunkan prasarana ekonomi seperti perhubungan, pengangkutan, institusi kewangan, gudang, limbungan dan kemudahan pelaburan
-          Cth: pemerintah tamadun Mesopotamia mementingkan system mata wang dan perkembangan perbankan
-          Mata wang digunakan untuk tujuan pembayaran, pertukaran dan perniagaan
-          Mata wang yang digunakan ialah syiling perak dan syiling emas yang mempunyai 5 kali ganda nilai perak
-          Pada zaman Babylon Lama pula, harga hartanah, hamba, barangan keperluan dan perkhidmatan ditentukan mengikut standard nilai perak
-          Kerajaan dan pihak istana mengawal peredaran wang perak dengan alas an perak diimport dari luar dan cukai dikenakan ke atas galian
-          Pusat komersil digelar ‘karu’ ditubuhkan yang didiami pedagang asing
-          Mereka disediakan gudang untuk menyimpan barangan
-          Wujud undang-undang khas bagi menjalankan urusan perniagaan

·         Hubungan diplomatic
-          Menjalin hubungan persahabatan yang baik dengan kerajaan lain
-          Dapat menghindari peperangan seterusnya mengekalkan keamanan antara kerajaan
-          Cth: Empayar Maurya semasa pemerintahan Maharaja Asoka menjalin hubungan diplomatic dengan kerajaan-kerajaan lain untuk menghindari peperangan
-          Empayar China semasa Dinasti Han pula menjalin hubungan dengan kerajaan eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara

·         Konsep ketuhanan raja
-          Peranan pemimpin juga menyumbang kepada kekuatan sesebuah tamadun
-          Kewujudan Tuhan adalah berdasarkan keperluan untuk kehidupan seharian
-          Cth masyarakat tamadun Mesir mempercayai firaun mereka adalah tuhan atau anak tuhan
-          Pada zaman kerajaan lama, mereka percaya bahawa raja adalah jelmaan Tuhan Horus
-          Firaun juga dianggap anak tuhan matahari atau ‘Amon re’
-          Oleh sebab itu firaun disembah kerana dianggap memiliki kuasa luar biasa

·         Dasar dan system pendidikan
-          Pelajar dididik tentang agama dalam kehidupan
-          Pengetahuan ketenteraan dan undang-undang juga diperkukuhkan
-          Pemupukan tingkah laku yang sempurna boleh dicapai melalui sifat sopan santun, murah hati dan rajin
-          Cth dalam Tamadun Rom,institusi keluarga merupakan asas pendidikan
-          Anak-anak dilatih berkelakuan baik, secara tidak formal ibu bapa menjadi guru
-          Ibu mengajar tingkah laku umum
-          Bapa mengajar pendidikan intelektual
-          Dalam keluarga bangsawan, anak-anak pelajari adat istiadat dan undang-undang Rom
-          Anak-anak keluarga kelas rendah pula mengikut ayah ke kedai dan ladang

Kesimpulan
-          Terdapat pelbagai langkah dari aspek politik, ekonomi dan social dalam usaha mengukuhkan empayar dalam jangka masa panjang
-            Kejatuhan sesebuah empayar banyak dipengaruhi oleh ketidakstabilan aspek ekonomi, social dan politik

No comments:

Post a Comment