Saturday, January 14, 2012

Fungsi Baitulmal

Soalan: Bincangkan fungsi Baitulmal dalam memperkembang ekonomi Islam

Pengenalan
-         Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak dan batu permata
-         Secara tidak rasmi, baitulmal bermula zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi dan berterusan ke zaman Khulafa al Rasyidin dan selepasnya
-         Dana Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber: harta masyarakat, harta Negara dan harta umum
-         Harta masyarakat: sumber daripada golongan kaya dan diagih kepada golongan yang layak menerimanya
-         Harta Negara: harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah, usyur, harta tanpa waris
-         Harta umum: hasil perniagaan, pertanian

Isi
·         Penubuhan Baitulmal sangat penting dalam membantu perkembangan ekonomi Islam
-         Fungsi utama: membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik sekaligus dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin
-         Bantuan berbentuk makanan, tempat tinggal

·         Baitulmal ialah sumber utama memperkukuh angkatan tentera Islam
-         Dapat menjamin Negara Islam daripada ancaman musuh yang memang memiliki kekuatan angkatan tentera
-         Cth semasa pemerintahan Khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuh angkatan tentera Islam yang diancam oleh tentera Byzantine

·         Juga berfungsi menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat
-         Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera
-         Semasa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang batu ditakluk
-         Kesannya, ia dapat membantu memakmurkan Negara daripada berlaku perselisihan faham untuk memiliki tanah

·         Juga bertanggungjawab menyelaraskan kutipan dan agihan harta berlandaskan syariat Islam
-         Harta Baitulmal tidak boleh diguna sesuka hati malah pengagihannya mesti adil
-         Cth semasa pemerintahan Khalifah Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan Muawiyah walaupun didesak para sahabat

·         Pembayaran wang zakat dan lain-lain harta kepada Baitulmal telah membersihkan jiwa seseorang dan menyucikan harta sebagimana saranan ajaran Islam

Kesimpulan
-         Sememangnya Baitulmal memainkan peranan yang sangat penting dalam memaju dan memperkembang system ekonomi Islam
-         Penubuhannya telah menjadi salah satu faktor kemajuan negara Islam yang sangat bergantung pada kestabilan ekonomi

9 comments:

  1. Apakah kedudukan Baitulmal dlm sistem kewangan negara islam?

    ReplyDelete
  2. Adakah Baitulmal sedia membantu kebanyakan orang islam dlm permasalahan yg amat ramai masa kini yg di timpa kesusahan dr segi ekonomi...spt bankrapsi oleh institusi bank..kalau tak di bantu dimanakah arah tujuan mereka ini.Ini adalah penyakit dan masalah sudah sampai ke tahap kronik...atau tenat.Ini adalah masalah utama keruntuhan ekonomi masyarakat org islam.kenapa tak di sediakan ruang atau sumber dana spt ini.Disinilah kelemahan utama dah nampak masa ini yg berlaku dlm umat islam masa kini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih infonya...

    salam ukhuwah dari bunda...

    ReplyDelete
  4. bukti hasil perbelanjaan dan hasil baitulmal

    ReplyDelete
  5. Bolehkah waris menuntut harta yang didaftarkan di bawah baitul mal

    ReplyDelete
  6. Apakah fungsi penubuhan institusi tersebut?

    ReplyDelete