Soalan: Jelaskan perkembangan kurikulum dalam sistem pendidikan di Mesopotamia, Mesir Purba, India dan China pada zaman klasik.
Pengenalan:
- Kurikulum: aspek penting dalam pembentukan dan pembangunan system pendidikan
- Merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai objektif yang dirancang
- Matlamat utama: lahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah seimbang dari segi emosi, rohani, jasmani
- Tamadun2 awal seperti Mesopotamia, Mesir Purba, india dan china mempunyai kuikulum pendidikan tersendiri yang kebanyakannya mencakupi bidang teologi dan secular
Isi
· Kurikulum Mesopotamia
- Merangkumi subjek semi saintifik dan sastera kreatif
- Cth subjek semi saintifik: biologi, botani, zoology, geografi, mineralogy, matematik, astronomi, perubatan, linguistic
- Kamus dan buku nahu Sumeria dan Akkadia digunakan dalam subjek linguistic
- Cth subjek sastera kreatif: mitos, epic, lagu-lagu suci, koleksi esei, pepatah, sifir
- Pelajar perlu membaca, menyalin dan menghafal karya-karya klasik
- Juga mempelajari subjek sejarah, seni lukis, undang-undang
· Kurikulum Mesir Purba
- Meliputi peringkat rendah, menengah, tinggi serta pendidikan vokasional dan teknikal
a) Pringkat rendah: menekankan kemahiran membaca, menulis dan mengira
- Kemahiran membaca diperoleh melalui nyanyian lagu-lagu suci, kemahiran menulis diperoleh dengan menyalin teks-teks klasik
b) Peringkat menengah: menekankan pembelajaran sastera dan system tulisan Hieroglif, Demotik dan Hiraktik
- Pelajari subjek agama dan secular seperti falsafah, matematik, geografi, undang-undang, astronomi, sejarah
c) Peringkat tinggi: merangkumi subjek pendidikan dan perubatan
d) Peringkat vokasional dan teknikal: menekankan latihan praktikal dalam bidang pertukangan, pengurusan dan pentadbiran serta bidang professional
· Kurikulum India
a) Zaman Vedik Awal: menekankan pembelajaran kitab suci Veda
- Matlamat: lahirkan golongan pendeta yang mahir lakukan upacara pengorbanan
- Pelajar sekolah Vedik dilatih menyanyi lagu-lagu suci dengan sebutan dan intonasi yang betul
- Juga pelajari subjek Veda, Samhita, Brahmana, Aranyaka, Vedanta
b) Zaman Pasca Vedik
- Menekankan pembelajaran kitab Vedanta
- Muncul sekolah-sekolah khas yang mengutamakan pembelajaran nahu, astronomi, undang-undang
- Kitab Purana menyebut tentang 8 pusat pengajian yang menekankan pembelajaran Vedik, politik dan ekonomi, pemujaan api, botani, ilmu pengangkutan, seni peperangan, astrologi dan ilmu ketenteraan
c) Zaman Vedik Akhir
- Dipengaruhi system kasta
- Kurikulum pelajar Brahmin menekankan pengajian keagamaan
- Bagi pelajar Khastriya/Ksyatria menekankan ketenteraan dan sains politik
- Pelajar Vaisya mengutamakan subjek ekonomi
d) Kurikulum pendidikan tinggi
- Menekankan 4 cabang pembelajaran iaitu falsafah, veda, ekonomi dan politik
- Juga pelajari subjek sains dan teknologi seperti perubatan, veterinary,astronomi
· Kurikulum China
- 3 tahap: rendah, menengah, tinggi
a) Sekolah rendah; kanak-kanak pelajari huruf-huruf penting dan menghafal 9 buah buku suci
- Untuk pelajari huruf, mereka perlu baca 6 teks iaitu ‘San Tse King’, ‘Pih Kio Sing’, ‘Tsien Tse Wan’, ‘Yiu Hioh Shi-Tieh’, ‘Hiao King’ dan ‘Siao Hioh’
- 9 buku suci yang dipelajari ialah ‘The Five Classics’ dan ‘The Four Books’
- Pelajar perlu menghafal teks-teks di luar kemampuan mereka tanpa memahami maksudnya
b) Sekolah menengah: dilatih menulis karangan, kesusasteraan dan pengajian esei
- Juga menterjemah buku suci dalam bahasa Cina moden
- Kuliah tentang ‘The five Classsics’ dan ‘The Four Books’ diberi di akademi persendirian dan awam
c) Kurikulum tinggi: pelajar yang menamatkan pendidikan menengah dan tinggi akan menduduki peperiksaan awam kerajaan
- Lulusan peperiksaan awam kerajaan akan diberi ijazah
- 3 peringkat ijazah: pertama, kedua{sarjana}, ketiga {doctor falsafah}
- Pelajar ijazah pertama perlu menulis 2 esei dan satu puisi berasaskan tema daripada kitab suci
- Pelajar ijazah ke2 perlu menulis 5 atau 6 esei berasaskan tema dalam kitab suci dan 5 soalan berkaitan sejarah dan ekonomi China
- Lulusan ijazah ke3 akan diberi jawatan tinggi dalam kerajaan dan menjadi ahli akademi Han Lin
Kesimpulan
- Kurikulum dalam tamadun-tamadun awal mengalami perkembangan pesat mengikut peredaran masa
- Tamadun-tamadun ini melahirkan kurikulum yang menyeluruh meliputi aspek teologi, sekular, sains, sastera, teori dan praktikal
No comments:
Post a Comment