Soalan: Huraikan pendidikan pada zaman Khulafa al Rasyidin dengan merujuk zaman Khalifah Abu Bakar al siddiq dan Khalifah Umar al Khattab
Pengenalan
- Pada zaman Khulafa al Rasyidin, pemerintahan Islam telah meluas dan memerlukan perkembangan selanjutnya untuk mengembangkan pendidikan Islam
- Perkembangan pesat pendidikan Islam dapat dibuktikan dengan pembinaan banyak madrasah atau pusat pengajian di merata tempat
Isi
· Perkembangan pendidikan zaman Khalifah Abu Bakar al Siddiq
- Bermula dengan pengumpulan ayat-ayat suci al Quran ekoran kematian ramai penghafal al Quran dalam Gerakan al Riddah
- Beliau meminta Zaid b Thabit melakukan kerja-kerja mengumpul ayat-ayat al Quran
- Khalifah abu Bakar menekankan betapa pentingnya berpegang teguh kepada al Quran dan Hadis
- Oleh itu, beliau mempergiatkan pendidikan al Quran dan Hadis
- Beberapa ulama Hadis muncul seperti Abu Hurairah, Siti Aisyah, Abdullah Umar
- Madinah dijadikan pusat pendidikan Hadis
- Kelas pengajian dilaksanakan di masjid Nabawi dan beliau sendiri menjadi tenaga pengajar dibantu Zaid b Thabit dan Abdullah b Saad
- Khalifah Abu Bakar meluaskan kuasanya dengan mengembangkan Islam sehingga ke Rom dan Parsi
- Beliau memberi 3 pilihan kepada orang kafir iaitu sama ada memeluk Islam, membayar jizyah atau berperang
· Perkembangan pendidikan zaman khalifah Umar al Khattab
- Beliau menguasai Empayar Parsi, Rom dan Mesir untuk mengembangkan pendidikan Islam
- Kejayaan tentera Islam membuka beberapa buah Bandar di sekitar Mesir telah membantu memperkembangkan pendidikan islam yang telah melunturkan pendidikan Kristian di Parsi, Rom dan Mesir
- Dr. Ahmad Shalaby menyatakan menyatakan khalifah Umar merupakan khalifah yang bertanggungjawab meletakkan asas-asas system kehakiman
- Khalifah Umar menetapkan system kehakiman kepada 3 perkara utama iaitu:
i) Pemerintah menguasai kerajaan dan pemerintahan
ii) Rakyat wajib mentaati khalifah pada perkara-perkara yang baik dengan berbaiah
iii) Pentadbiran perlu diserah kepada pemimpin yang layak
- Khalifah Umar juga menekankan al Quran dan Fikah
- Antara langka untuk melaksanakan pendidikan Islam:
i) Menyusun metodologi pengajaran agama yang bersesuaian dengan golongan yang baru memeluk agama Islam
ii) Memberi pengajaran tentang persoalan keimanan dan ibadat agar tidak timbul salah faham
iii) Menggesa para pembesar memastikan setiap rakyat mendirikan solat Jumaat dan berpuasa pada bulan Ramadhan
iv) Melantik guru-guru untuk mengajar isi kandungan al Quran dan akidah
- Beliau juga menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi Negara Islam serta tanah jajahannya kerana ia merupakan bahasa al Quran yang perlu dikuasai untuk memahami isi kandungannya
- Takwim Islam diperkenal bermula dari tarikh Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah
- Beliau juga mengarahkan para pembesar mengadakan kelas pengajian al Quran dan ilmu-ilmu lain
- Guru-guru agama dihantar ke wilayah-wilayah jajahan Islam untuk sebar Islam
- Kota Basrah dan Kufah dijadikan pusat pengajian Islam yang terkemuka
Kesimpulan
- Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., penggantinya telah cuba mengembangkan Islam ke seluruh n egara
- Khalifah Abu Bakar merupakan perintis kepada penyebaran pendidikan Islam
- Kemudiannya, diteruskan oleh Khalifah Umar sehingga Islam tersebar luas dan Berjaya mengalahkan empayar Rom dan Parsi
No comments:
Post a Comment