Soalan : Dengan merujuk kepada tamadun-tamadun awal, huraikan bagaimanakah kerajaan-kerajaan ini mengekalkan dan memperkukuhkan empayar mereka.
Pengenalan:
- Masyarakat bertamadun merupakan sebuah masyarakat yang dicirikan oleh perkembangan aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan social
- Pada pandangan orang Arab, tamadun diertikan dengan ‘mudun’ atau ‘madain’ dan ‘madana’
- Orang Islam seringkali mengaitkan peningkatan tamadun dengan aspek rohaniah dan jasmaniah
- Antara tamadun awal ialah tamadun Mesopotamia, India, China dan Mesir
- Dengan wujudnya kuasa yang kuat dalam tamadun maka terhasil dan terbentuklah beberapa empayar ulung
Isi
· Maksud empayar
- Sebuah kerajaan yang tertinggi dan berdaulat yang menguasai wilayah-wilayah atau negeri-negeri yang luas
- Diperintah oleh seorang pemimpin berwibawa iaiatu maharaja atau maharani
- Pembinaan sesebuah empayar biasanya melalui aktiviti penaklukan yang juga didorong oleh idealisme atau matlamat seseorang pemerintah
- Cth empayar: Empayar Mesopotamia (merangkumi Empayar Akadia, Sumeria, Babylon), Empayar China (merangkumi Dinasti Chin, Han, Tang), Empayar India (merangkumi Empayar Maurya, Gupta dan Moghul)
· Sistem pentadbiran yang sistematik
- System pentadbiran yang cekap dapat mengawal rakyat melalui ketaatan
- Para pembesar dan bangsawan juga mempunyai peranan masing-masing
- Cth Empayar Maurya mempunyai system pemerintahan pusat yang kukuh
- Maharajanya dibantu menteri-menteri penasihat
- Baginda juga dibantu Jabatan Perlombongan, Akaun, Perbendaharaan, Pertanian
- Namun beberapa faktor dikenalpasti sebagai penyebab kemerosotannya iaitu kepimpinan yang lemah, kelemahan ketenteraan, kemerosotan ekonomi, bencana alam serta pemberontakan oleh rakyat
· Pengukuhan pertahanan dan ketenteraan
- Merupakan faktor yang dominan untuk jangka masa panjang
- Kekuatan tentera melambangkan kekuasaan seterusnya dapat mengelakkan serangan musuh
- Cthnya dalam Tamadun India, raja mengetuai angkatan tentera dibantu oleh panglima agung/’mahasenapati’ yang merupakan kerabat diraja yang menerima arahan langsung daripada raja
- Diikuti oleh kapten iaitu golongan unit bangsawan feudal
- Unit asas tentera India ialah ‘patti’ atau platun yang dibekalkan seekor gajah, sebuah kereta kuda, 3 ekor kuda dan 5 orang tentera
- Doctor dan jururawat juga terlibat sama
- Kaum wanita menjadi tukang masak dan pelayan di medan perang
- Tentera India terdiri daripada tentera bergajah, berkuda, berkereta kuda dan infantry
- Gajah dilatih untuk tujuan peperangan sebagai perisai dan merempuh musuh, kota dan tembok
- Struktur ketenteraan yang tersusun membolehkan Empayar Maurya bertahan lebih 200 tahun
· System perundangan
- Undang-undang diwujudkan untuk mengukuhkan sesebuah empayar
- Rakyat harus patuhi undang-undang yang ditetapkan
- Rakyat akan dihukum sekiranya melanggar undang-undang
- Cth pemerintah Tamadun Rom menggubal undang-undang Papan Dua Belas atau Undang-Undang Justinian yang bermula sejak 449SM
- Kanak-kanak dilatih dan diajar memahami dan menghafal undang-undang
- Seseorang yang dituduh bersalah adalah tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan
· Pengukuhan ekonomi
- System ekonomi setiap tamadun bermula di kawasan berhampiran sungai atau sumber air
- Seseorang pemerintah akan membina pusat-pusat pentadbiran di lembah-lembah sungai
- Raja akan membangunkan prasarana ekonomi seperti perhubungan, pengangkutan, institusi kewangan, gudang, limbungan dan kemudahan pelaburan
- Cth: pemerintah tamadun Mesopotamia mementingkan system mata wang dan perkembangan perbankan
- Mata wang digunakan untuk tujuan pembayaran, pertukaran dan perniagaan
- Mata wang yang digunakan ialah syiling perak dan syiling emas yang mempunyai 5 kali ganda nilai perak
- Pada zaman Babylon Lama pula, harga hartanah, hamba, barangan keperluan dan perkhidmatan ditentukan mengikut standard nilai perak
- Kerajaan dan pihak istana mengawal peredaran wang perak dengan alas an perak diimport dari luar dan cukai dikenakan ke atas galian
- Pusat komersil digelar ‘karu’ ditubuhkan yang didiami pedagang asing
- Mereka disediakan gudang untuk menyimpan barangan
- Wujud undang-undang khas bagi menjalankan urusan perniagaan
· Hubungan diplomatic
- Menjalin hubungan persahabatan yang baik dengan kerajaan lain
- Dapat menghindari peperangan seterusnya mengekalkan keamanan antara kerajaan
- Cth: Empayar Maurya semasa pemerintahan Maharaja Asoka menjalin hubungan diplomatic dengan kerajaan-kerajaan lain untuk menghindari peperangan
- Empayar China semasa Dinasti Han pula menjalin hubungan dengan kerajaan eropah, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Tenggara
· Konsep ketuhanan raja
- Peranan pemimpin juga menyumbang kepada kekuatan sesebuah tamadun
- Kewujudan Tuhan adalah berdasarkan keperluan untuk kehidupan seharian
- Cth masyarakat tamadun Mesir mempercayai firaun mereka adalah tuhan atau anak tuhan
- Pada zaman kerajaan lama, mereka percaya bahawa raja adalah jelmaan Tuhan Horus
- Firaun juga dianggap anak tuhan matahari atau ‘Amon re’
- Oleh sebab itu firaun disembah kerana dianggap memiliki kuasa luar biasa
· Dasar dan system pendidikan
- Pelajar dididik tentang agama dalam kehidupan
- Pengetahuan ketenteraan dan undang-undang juga diperkukuhkan
- Pemupukan tingkah laku yang sempurna boleh dicapai melalui sifat sopan santun, murah hati dan rajin
- Cth dalam Tamadun Rom,institusi keluarga merupakan asas pendidikan
- Anak-anak dilatih berkelakuan baik, secara tidak formal ibu bapa menjadi guru
- Ibu mengajar tingkah laku umum
- Bapa mengajar pendidikan intelektual
- Dalam keluarga bangsawan, anak-anak pelajari adat istiadat dan undang-undang Rom
- Anak-anak keluarga kelas rendah pula mengikut ayah ke kedai dan ladang
Kesimpulan
- Terdapat pelbagai langkah dari aspek politik, ekonomi dan social dalam usaha mengukuhkan empayar dalam jangka masa panjang
- Kejatuhan sesebuah empayar banyak dipengaruhi oleh ketidakstabilan aspek ekonomi, social dan politik
No comments:
Post a Comment