Saturday, January 28, 2012

Wiraku: Rentap

Siapa tidak mengenali tokoh bernama Rentap. Sorang pahlawan Iban yang berjuang bermati-matian menentang Rajah Putih di Sarawak sekitar  kurun ke-19 [1800-1870].  Penentangan  Rentap terhadap Rajah Putih  menyebabkan James Brooke menggelar Rentap sebagai lanun.

Pengkaji sejarah tempatan, Dr Chang Pat Foh, berkata Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang dan Saribas. Gelaran Rentap yang bermaksud penggoncang dunia diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya. Rentap dikatakan membenci Brooke kerana menganggapnya  berniat jahat iaitu ingin menguasai Sarawak [merampas tanah] dan menghapuskan cara hidup masyarakat tempatan.

Disebabkan penentangan hebat Rentap itu, Rajah Brooke yang cuba mengambil alih pemerintahan negeri menggunakan helah dengan menggelarnya lanun. Dengan alasan tersebut, Rajah Brooke merancang menghapuskan kegiatan lanun yang berleluasa di perairan sekitar Saribas dan Skrang.

Chang dalam dialog Sejarah Wira Iban Sarawak- Panglima Rentap di
Pustaka Negeri, di Kuching baru-baru ini, berkata kisah penentangan
Rentap adalah berdasarkan keterangan keturunan generasi keenam pahlawan
itu, Subang Anak Dunggau yang turut ditulis beliau dalam bukunya
`History Of Iban Settlements Around Kuching City Sarawak'.Rentap
yang marah selepas mengetahui rancangan Inggeris itu kemudian turut
menggelar James Brooke sebagai lanun yang cuba merampas tanah penduduk
negeri ini dan mengenakan pelbagai bentuk cukai.

Pertempuran pertama Rentap dengan Inggeris berlaku di Skrang pada 19 Ogos 1844
membabitkan pertempuran menggunakan beribu-ribu perahu di kedua-dua
pihak. Rentap berjaya menghalang Inggeris dan 29 pengikut Inggeris mati
dalam pertempuran itu manakala 56 lagi cedera.

Pada 24 Julai 1849,Brooke kembali membawa angkatan lebih besar untuk menyerang Skrang dan
Saribas yang disifatkan mereka angkatan mengalahkan lanun di sana.Kali
ini tiga kapal digunakan iaitu Royalist dan iringi kapal Nemesis dan
Ranee serta 80 kapal perang lain untuk menumpaskan pasukan Rentap
bersama pengikutnya Abang Apong dan Linggir Mali Lebu. Penjajah yang
turut dibantu kaum Iban bertempur dengan pasukan Rentap di Beting Maru,
Bahagian Betong pada petang 31 Julai 1849 yang juga pertempuran
angkatan laut terbesar pernah dicatatkan di negeri ini. Rombongan
pengikut Rentap yang dalam perjalanan pulang pada petang itu diserang
angkatan laut Inggeris menyebabkan 500 pengikut Rentap terbunuh dalam
pertempuran lima jam. Tiada ketua Iban dari pasukan Rentap terbunuh dan
ramai melarikan diri ke dalam hutan serta memaksa mereka berundur jauh
ke bahagian hulu Sungai Saribas atau Sungai Skrang.


Kubu Rentap Rentap dan pengikutnya kemudian membina kubu di Tabat, di kaki
Gunung Sadok menghadap Sungai Lang dan Brooke pula pada akhir 1849 atau
awal 1850 menghantar Arthur Crookshank membina Fort James di Lingga
yang menjadi persimpangan Sungai Skrang dan Sungai Lupar. Pembinaan
kubu tersebut tidak disenangi penduduk Skrang kerana menghalang laluan
mereka ke bahagian bawah Sungai Lupar dan ke Laut China Selatan. Mereka percaya
Pembinaan kubu tersebut juga  bertujuan menghalang kerjasama Rentap dengan sekutu rapatnya
Linggir dan Aji di persisir pantai.

 Pada 1852, Rajah Brooke membina satu lagi kubu di Lingga untuk menghalang Rentap dari mengganggu pengikutnya sekitar bahagian hilir Sungai Lupar yang menaikkan kemarahan pahlawan itu sehingga memutuskan menyerang dan menewaskan Inggeris di Lingga.Brooke
kemudian menghantar pesanan kepada Rentap di ulu Sungai Skrang ,
mengajaknya keluar dan berjumpanya di Fort James untuk mengadakan
rundingan damai, namun Rentap enggan.

Setahun kemudian, pengikut Brooke diserang hendap di Lintang Batang, tiga kilometer dari Nanga
Skrang dan pengikut Rentap berjaya menenggelamkan bot penjajah dan
membunuh seorang pegawai Inggeris, Alan Lee yang bertanggungjawab
mengukuhkan pasukan penjajah di Lingga. Pasukan Rentap kemudian
berundur sebelum pasukan Brooke menyusun kedudukan bagi melancarkan
serangan balas. Kejayaan ini menjadikannya lebih dikenali sebagai
wira kaum Dayak di Sarawak. Bagi menghalang orang lain membantu Rentap
dan menjadikannya lebih kuat, sekumpulan askar dihantar Brooke ke
merata tempat untuk menahan mereka disyaki membantu pahlawan Iban itu.

Pada Ogos 1845, tentera Brooke berjumlah 7,000 mara selama dua hari untuk
menyerang kubu Rentap di Sungai Lang, Skrang dengan menggunakan senjata
api manakala pasukan Rentap menyerang balas menggunakan meriam. Pada
sebelah petang, wanita dan kanak-kanak kelihatan meninggalkan kubu
Rentap melalui belakang bukit diikuti pahlawan Iban yang lengkap
berpakaian perang mengundurkan diri dari kota itu menuju Bukit Sadok
dengan membawa Rentap yang tercedera.

Brooke bagaimanapun tidak meneruskan serangan ke Bukit Sadok. Ruang ini membolehkan Rentap menguatkan kedudukannya di puncak Gunung Sadok dengan membina kubu atau Kuta
Rentap dan kecerunan curam menjadikan kubu itu hampir mustahil
dihampiri musuh. Beliau kemudian menggelar dirinya seorang pemerintah
dengan gelaran Rajah Ulu  dan menjadikan Bukit Sadok pusat
kepada semua penduduk tempatan yang menentang pemerintahan Inggeris.

Berikutan kedudukan Rentap bertambah kuat, Brooke melancarkan ekspedisi bagi
memusnahkan kekuasaannya. Tiga ekspedisi bermula 7 Jun 1857 dilancarkan
bagi memusnahkan kubu Rentap, namun gagal membunuhnya. Selepas
melancarkan serangan bertali arus pada ekspedisi terakhir Brooke
berjaya menawan dan membakar Kuta Rentap pada 28 Oktober 1861, Rentap
dan pengikutnya berundur ke Bukit Lanjak, Skrang sehingga Entabai,
Kanowit dan Jula. Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia
akibat tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.

Kronologi Ekspedisi Sadok
Ekspedisi Sadok 1: 7 Jun 1857Pertama dilancarkan penjajah bertujuan memusnahkan semua kawasan
pertanian sekitar Bukit Sadok untuk memutuskan bekalan makanan pengikut
Rentap.Pasukan Brooke berjaya mendaki hingga puncak Gunung Sadok
yang sama tinggi dengan kubu Rentap di puncak Bukit Sadok untuk melihat
dan melancarkan serangan ke kedudukan musuh. Dengan kekuatan 4,000
askar, Charles Brooke tidak dapat menawan Kuta Rentap kerana dibina menggunakan
kayu Tebelian keras yang tidak dapat ditembusi peluru, serta Rentap
juga mempunyai senapang, meriam dan pistol kuno yang dirampas ketika
menyerang Allan Lee, di Lintang Batang pada 1853.Pasukan Brooke
ditimpa hujan lebat selama lapan hari di puncak Gunung Sadok dan
akhirnya memutuskan berundur dalam ekspedisi yang gagal sepenuhnya.

Ekspedisi Sadok 2: Ogos 1858
Tuan Muda Charles Brooke berusaha menghapuskankuasa Rentap dengan membawa senjata " Six-Pounder gun" yang mampu menembak lima puluh peluru ke Kuta Rentap. Ekspedisi kali ini turut
gagal kerana senjata itu tidak mampu menembusi dinding Kuta Rentap.
Brooke terpaksa segera berundur selepas dibalas dengan serangan
betubi-tubi menggunakan sumpit beracun, lontaran batu dan tembakan
senjata api.

Ekspedisi Sadok 3: September 1861
Kali ini Charles Brooke berhabis-habisan untuk menghancurkan kekuatan Rentap.
Beliau membawa angkatan yang lebih besar dengan buruh untuk membuat jalan di
hutan, sepasukan askar Negro yang terlatih dalam pertempuran jarak
dekat serta senjata penembak roket, Six-Pounder Gun dan meriam yang
digelar " Bujang Sadok". Selepas sampai di puncak Gunung Sadok,
keesokan paginya, serangan dilancarkan ke Kuta Rentap dan berlaku
berbalas serangan menggunakan meriam antara Bujang Sadok dengan Bujang
Timpang Berang yang dimiliki Rentap. Malangnya, salah seorang
pengendali meriam Rentap terkena tembakan dari Bujang Sadok dan
darahnya membasahkan serbuk letupan menyebabkan Bujang Timpang Berang
tidak berfungsi dan kelebihan Bujang Sadok digunakan untuk memusnahkan
dinding keras Kuta Rentap.

Akhirnya askar-askar Charles Brooke dapat masuk ke dalam kubu tersebut dan menjumpai askar-askar Rentap yang terbunuh dan cedera. Rentap bersama-sama dengan 24 orang kanannya yang terselamat melarikan diri ke Bukit Lanjat. Pada petang 28 Oktober 1861, kubu Rentap telah dibakar. Api dan asap dapat dilihat dari beberapa buah rumah panjang di kawasasn Ulu Layar tersebut.

Saturday, January 14, 2012

Sistem Halaqah, Madrasah dan Pondok


Soalan: Huraikan sistem halaqah, madrasah dan pondok dalam sistem pendidikan Islam   

Pengenalan:
-         Pendidikan: proses pemerolehan sesuatu ilmu
-         Pandangan Islam: pendidikan = proses sepanjang hayat, terbuka kepada semua golongan tanpa kira jantina, kekayaan dan warna kulit
-         Wahyu pertama membuktikan tuntutan Islam terhadap umatnya agar menuntut ilmu
-         Islam menghormati orang yang menuntut ilmu
-         Dalam sejarah pendidikan Islam tanpa kira sempadan geografi, amnya pendidikan melibatkan beberapa kaedah antaranya halaqah, madrasah dan pondok

Isi
·         System halaqah
-         System pendidikan terawal, wujud sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. seawall kedatangan Islam dan selepas terbinanya Masjid al Nabawi dan masih kekal hingga kini
-         Suatu lingkungan berbentuk bulatan atau separa bulatan dibuat dan guru yang mengajar akan berada di tengah-tengah lingkungan tersebut
-         Pembelajaran secara formal dan informal,
-         Guru memiliki ilmu pengetahuan mendalam, dikatakan telah memperoleh tauliah daripada guru yang lebih terkenal
-         Guru tidak bergaji, hanya mendapat imbuhan daripada masyarakat
-         Kurikulum: ilmu fiqah, usuluddin, tasawuf, tafsir al Quran, Hadis
-         Masa: di antara waktu solat maghrib dan isyak atau selepas sesuatu solat
-         Biasanya guna kitab Arab yang diterjemah oleh guru sewaktu mengajar

·         System Madrasah
-         Satu sistem pembelajaran moden yang boleh disamakan dengan sekolah
-         Di Malaysia, dikatakan bermula sejak abad ke20M
-         3 peringkat: rendah, menengah, tinggi
-         Aceh: ada 3 buah institusi madrasah yang berbeza tahapnya iaitu ‘meunasah’, ‘rangkang’ dan ‘jamiah’(universiti)
-         Subjek: berbeza ikut tahap
-         Rendah: diajar asas-asas ajaran Islam membaca al Quran, baca huruf Arab, Rukun Iman, Rukun Islam
-         Menengah: fikah, tasawuf, sejarah, bahasa Arab
-         Tinggi: ilmu agama, ilmu hisab, kimia, ekonomi, undang-undang, bahasa, politik
-         Tenaga pengajar dibayar gaji oleh pemerintah
-         Bahan pengajaran: bahan berbahasa Arab dan bukan berbahasa Arab

·         Sistem pondok
-         Mereupakan kaedah pendidikan tertua di Asia Tenggara, paling dominan dalam kalangan masyarakat Melayu
-         Pelbagai nama: dayah, pesantren, surau, langgar
-         Sukatan pelajaran: tidak tersusun, bergantung kepada kemahiran guru
-         Subjek: tauhid, fikah, tafsir, nahu saraf, hadis, doa-doa berkaitan kehidupan seharian
-         Juga didedahkan dengan kaedah menulis dan menguasai tulisan Jawi dan bahasa Arab
-         Sesetengah pondok mendedahkan ilmu perubatan tradisional seperti guna akar kayu selain jampi-jampi menggunakan ayat al Quran
-         Subjek sampingan untuk hilangkan rasa jemu: nasyid, berzanji, marhaban, qasidah
-         Pelajar diajar percuma, guru hanya dapat khidmat tenaga anak-anak murid mengerjakan tanah sawah atau kerja-kerja pertukangan
-         Pembelajaran dijalankan da;lam bahasa Melayu kerana kebanyakan kitab Arab diterjemah ke bahasa Melayu
-         Hubungan antara guru dan anak-anak muridnya amat rapat kerana kealiman guru dan rasa tanggungjawab guru mengingatkan ibu bapa menyerahkan anak-anak untuk dididik
-         Tempoh masa belajar tidak terhad, terdapat pelajar belajar di sekolah ini selama 10 tahun
-         Ada juga yang berpindah dari satu pondok ke pondok lain
-         Pembelajaran berlangsung waktu siang dan malam
-         Kaedah pembelajaran seperti halaqah, pelajar membuat separa bulatan mengelilingi guru mereka
-         Guru juga kaedah hafalan, syarahan(kuliyyah), perbincangan, soal jawab, perdebatan dan pengembaraan
-         Juga amal pengajaran menadah kitab: tuan guru akan baca dan huraikan isi kitab, ada kalanya pelajar diminta bergilir-gilir membaca kitab tersebut
-         Tempoh menadah kitab memakan masa antara 30 minit hingga satu jam
-         Guru akan menyampaikan ilmu sepenuhnya tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk bersoal jawab
-         Pelajar akan catat penerangan guru untuk menguatkan pemahaman dan ingatannya

Kesimpulan:
-         Kewujudan pelbagai system pembelajaran sama ada halaqah, madrasah atau pondok telah mewujudkan budaya belajar dalam kalangan masyarakat
-         Dalam konteks masyarakat di Alam Melayu, ia mencetus tamadun baru termasuk pengenalan tulisan Jawi

Zakat dan Kepentingannya


Soalan: Jelaskan pelaksanaan zakat dan kepentingannya pada zaman kerajaan Bani Abasiyyah.

Pengenalan:
-         Zakat dari segi bahasa: penambahan dan penyuburan pahala serta penyucian jiwa
-         Dari segi syarak: mengeluarkan jenis barangan /harta tertentu mengikut kadar tertentu kepada orang tertentu berdasarkan syarat dan rukun yang telah ditetapkan
-         Kerap kali disebut dalam al Quran: 32 kali disebut secara bersendirian, 26 kali disebut beriringan dengan kewajipan mendirikan solat
-         Cth: ayat 110 surah al Baqarah: ‘Dirikanlah solat dan keluarkan zakat’
-         Makna-makna lain untuk zakat dalam al Quran: syahadah, kebaikan, zakat fitrah, suci, halal, sadaqah, keberkatan, kedamaian
-         Memandangkan ia termasuk dalam Rukun Islam, tidak hairanlah ia mempunyai pelbagai fungsi dan hikmat kepada pengeluar dan penerimanya

Isi
·         Sejarah pelaksanaan zakat: sejak sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.: zaman-zaman Nabi dan Rasul terdahulu telah wujud amalan sedemikian
-         Sebelum baginda berhijrah ke Madinah, zakat dikaitkan dengan amalan tolong-menolong golongan bangsawan terhadap golongan miskin khasnya pada zaman awal penyebaran Islam
-         Mulai tahun 2Hijrah, zakat mula difardhukan ke atas setiap umat Islam antara bulan Syaaban hingga bulan Syawal
-         Keengganan membayar zakat boleh membawa kepada gugur kalimah syahadah seterusnya hukuman bunuh andainya enggan bertaubat

·         Pelaksanaan zakat zaman Abasiyyah: kesinambungan amalan semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan para khalifah KAR dan Bani Umaiyah
-         Zakat zaman Bani Abasiyyah: terbahagi 2

a)     Zakat fitrah: wajib ditunaikan selesai mengerjakan puasa pada bulan Ramadhan
-         Mazhab Shafie menetapkan umat Islam menunaikan zakat fitrah sebelum solat Hari Raya Aidilfitri

b)     Zakat harta: zakat binatang ternakan, emas dan perak, barang perdagangan/perniagaan dan biji-bijian
-         Hanya diwajibkan kepada mereka yang mampu dan setelah harta yang dimiliki cukup nisab dan genap setahun

·         Sumber zakat diagihkan kepada 8 golongan asnaf seperti zaman-zaman sebelumnya: golongan fakir, miskin, amil, mualaf, orang yang berhutang, orang yang berjihad, musafir dan hamba yang ingin memerdekakan dirinya
-         Kadi yang pakar dalam bidang syariah dilantik terus oleh kerajaan pusat untuk urus pelaksanaan zakat
-         Cth: zaman Khalifah Harun al Rasyid, Abu Yusuf dilantik sebagai Ketua Kadi
-         Sesuai dengan kelahiran pelbagai mazhab ketika ini,wujud pelbagai tafsiran tentang zakat sekaligus mempengaruhi urusan pentadbiran dan pelaksanaannya

·         Fungsi 1: dapat mengeratkan hubungan/tali persaudaraan antara umat Islam khasnya antara golongan kaya dan miskin
-         Kepentingannya bukan sahaja membolehkan golongan kurang bernasib baik menjalani kehidupan lebih sempurna bahkan dapat menguatkan perpaduan umat Islam

·         Fungsi 2: dapat membersihkan jiwa dan rohani manusia yang kotor seperti bakhil, sombong, mementingkan diri, sayangkan harta
-         Bertepatan dengan al Quran dalam surah al Mukminun, ayat 4
-         Terhapusnya sifat-sifat ini akan melahirkan masyarakat yang lebih aman dan bahagia serta saling bekerjasama

·         Fungsi 3: menjadi medan ujian bagi golongan kaya sekaligus mempertingkatkan rasa ‘qana’ah’ yang dapat membendung mereka dikuasai hawa nafsu dan kemahuan yang tidak terbatas
-         Terhapusnya sifat negative menimbulkan sifat pemurah, tolong-menolong iaitu symbol ketakwaan seseorang individu terhadapNya

·         Fungsi 4: dapat mewujudkan suasana harmoni antara golongan berada dengan miskin sekaligus mendekatkan jurang social antara mereka
-         Orang miskin tidak lagi berasa cemburu dengan kelebihan harta benda orang kaya
-         Orang kaya pula dapat menunaikan tanggungjawab dan amanahnya terhadap Allah swt serta menandakan kesyukuran terhadap harta yang dimiliki

·         Fungsi 5: dapat membersihkan harta seseorang daripada bercampur dengan harta lain
-         Mengikut penilaian Islam, harta yang dimiliki seseorang individu apabila genap setahun dan cukup nisabnya, harta itu wajib dikeluarkan sebahagian daripadanya sebagai zakat dan diagihkan kepada orang yang berhak
-         Dengan kata lain, selagi harta itu tidak dikeluarkan zakat, ia masih bercampur dengan hak orang lain

·         Fungsi 6: pelaksanaan zakat zaman bani Abasiyyah secara tidak langsung membawa kepada perkembangan intelektual yang pesat
-         Pelajar/golongan cerdik pandai yang memperoleh zakat telah memanfaatkannya sebaik mungkin seterusnya membawa kemasyhuran kota Baghdad sebagai pusat keilmuan pada zaman-zaman pemerintahan seperti Khalifah Harun al Rasyid dan puteranya, al Makmun

Kesimpulan
-         Sesungguhnya zakat merupakan sumber pendapatan yang amat penting kepada Negara dan masyarakat Islam kerana ia bukan sahaja dapat mewujudkan suasana muhibah bahkan dapat meningkatkan ketakwaan seseorang terhadap Allah swt sekaligus menghapuskan penyakit-penyakit hati dalam kalangan umat Islam
-         Pemerintah /kerajaan pula dilihat dapat menunaikan tanggungjawab social yang amat diharapkan oleh golongan yang tidak bdernasib baik

Cukai Kharaj

Dinar & Dirham



Soalan : Huraikan pentadbiran cukai kharaj pada zaman Bani Umaiyah.

Pengenalan:
-         Bahasa Byzantine: kharaj ialah ufti
-         Dalam konteks Islam, ia bermaksud cukai tanah ke atas tanah yang diperolehi sama ada secara ryundingan atau peperangan
-         System kharaj yang diperkenalkan Khalifah Umar al Khattab ternyata meringankan beban golongan petani berbanding cukai yang diperkenal oleh Parsi dan Rom

Isi
·         Pentadbiran kharaj zaman Bani Umaiyah
a)     Kharaj menjadi sumber pendapatan utama kerajaan BU
-         Untuk pastikan urusan pemunguntan berjalan lancar, kerajaan tubuhkan Diwan al Kharaj
-         Khalifah Muawiyah b Abu Sufyan memastikan jabatan ini dibantu beberapa setiausaha
-         Gabenor di setiap wilayah pula dibantu beberapa jabatan termasuk jabatan yang mengurus soal cukai

b)     Peringkat awal: tanah di setiap wilayah bebas diusahakan
-         Kerajaan hanya kenakan sedikit cukai tanah
-         Tanah-tanah tidak bertuan yang diusahakan tidak dikenakan cukai

c)     Zaman akhir pemerintahan Khalifah Muawiyah: isytihar semua hartanah sebagai milik Negara
-         Semua hasil yang diperoleh sama ada secara aman atau perang menjadi milik kerajaan
-         Tujuan: pastikan semua projek pembangunan kerajaan berjalan lancar
·         Semasa pemerintahan Khalifah Abdul Malik b Marwan: pentadbiran kharaj semakin kemas dan sistematik
-         Jawatan ‘dihqan’ diwujudkan untuk bertugas memungut cukai
-         Orang berketurunan Arab dikecualikan bayaran kharaj
-         Untuk imbangi dasar ini, segala jenis cukai telah dimaikkan termasuk cukai kharaj
·         Walaupun ia merupakan antara pendapatan utama kerajaan, namun ada juga yang ingjkar tentang pembayaran kharaj
-         Cth: al Hajaj telah naikkan kadar kharaj yang tinggi di Iraq, namun beliau hanya mampu mengutip hasil dalam jumlah yang terhad ekoran keengganan rakyat untuk menjelaskannya
·         Zaman Khalifah Umar b Abdul Aziz: cukai jizyah dibezakan dengan kharaj
-         Menetapkan setiap tanah yang diperoleh melalui penaklukan akan menjadi hak milik bersama orang Islam, hasil tanamannya akan dikenakan kharaj
-         Tanah-tanah kharaj tidak boleh dijual beli atau diagih kepada sesiapa sama ada berbentuk hadiah atau kurniaan
-         Untuk elak rakyat dibebani cukai yang tinggi, Khalifah Abdul Malik b Abdul Aziz mengarahkan kadar kharaj diturunkan seperti mana prelaksanaannya saman KAR

Kesimpulan:
-         Pentadbiran dan pelaksanaan kharaj semasa Bani Umaiyah amnya dipengaruhi dasar seseorang pemerintah dan keadaan semasa
-         Walaupun Bani Umaiyah mempraktikkan amalan kerajaan Khulafa al Rasyidin, kadarnya agak tinggi kecuali pada zaman pemerintahan Khalifah Umar b Abdul Aziz mengundang kegelisahan dalam kalangan penduduk