Saturday, January 14, 2012

Ciri Sosial


Soalan: Kewujudan organisasi sosial di Lembah Indus dan China agak unik berbanding tamadun-tamadun lain. Bincangkan ciri-ciri organisasi sosial kedua-dua tamadun berkenaan bagi membuktikan pencapaian tamadun masyarakat tersebut.
Pengenalan:
-         Organisasi sosial: pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa lapisan social yang berbeza dari segi kuasa, kekayaan, gaya hidup, pekerjaan dan seumpamanya
-         Melvin Tumin: organisasi sosial: penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan yang berbeza dari segi kuasa, harta, penilaian social dan kepuasan rohani
-         T Indus dan T China sama-sama memiliki organisasi sosial yang tersendiri berdasarkan faktor-faktor tertentu
Isi: i) Organisasi sosial di Lembah Indus
a)     Golongan pendeta
-         Disebabkan tamadun India tiada raja, maka tugas-tugas pemerintahan Negara dipikul & diamanahkan kepada golongan pendeta yang dianggap suci dan memiliki hubungan paling rapat dengan tuhan atau dewa
-         Pendeta bertanggungjawab menggubal dan melaksana peraturan serta undang2 yang amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab suci
-         Berpengaruh besar dalam bidang ekonomi kerana kuil-kuil memiliki tanah pertanian yang luas yang akan dikerjakan golongan petani atau hamba
-         Juga bertanggungjawab agihkan hasil pertanian yang dikumpul dalam jelapang
-         Sediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya

b)     Golongan pedagang
-         Juga tergolong dalam kelas atasan
-         Hidup mewah kerana urusan perdagangan yang mereka jalankan secara bebas, tanpa campur tangan pendeta dan dikecualikan cukai
-         Juga miliki cop mohor yang mempunyai lambang bercorak keagamaan yang dipercayai menjadi azimat yang ada kuasa sakti

c)     Golongan bawahan
-         Merangkumi golongan petani, buruh, hamba
-         Petani tinggal di rumah-rumah kecil atau yang disedia oleh pedagang yang hanya ada 2 bilik
-         Kerja-kerja petani diawasi golongan pendeta
-         Buruh pula bertugas menghantar bijirin, membina tembok dan menenun kain
-         Kerja-kerja lebih keras seperti mengumpul dan menyimpan bijirin yang dihasilkan petani dilakukan oleh hamba

d)     Kedudukan organisasi social selepas kedatangan orang Aryan   
-         Dipengaruhi oleh system kasta yang mengklasifikasikan penduduk ikut pekerjaan
-         Kedudukan tertinggi: Brahman yang urus soal keagamaan dan spiritual, berpengaruh besar dalam politik/pentadbiran
-         Tangga ke2: ‘khastriya’ yang jalankan tugas-tugas ketenteraan serta melindungi Brahman tatkala diancam musuh
-         Tangga ke3: ‘vaisya’: pedagang kaya
-          Kedudukan paling rendah: ‘sudra’ iaitu petani
-         Kasta-kasta yang diamalkan amat rigid menyebabkan pergaulan antara kelas atasan dan bawahan amat terbatas

ii) Organisasi sosial Tamadun China
a)     Golongan raja
-         Kelas tertinggi: sumber kekerasan kerana memiliki ‘supreme authority’ seperti firaun dalam T. Mesir
-         Antara tugas: sumber undang-undang Negara
-         Segala arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan,
-         Menjadi ketua agama, ketua kerajaan, ketua hakim, lantik ketua pelbagai jenis agama dan kepercayaan, lantik pegawai tadbir untuk licinkan pentadbiran
-         Seseorang raja yang dilantik dipercayai mendapat mandate dari tuan atau syurga
-         Seandainya berlaku bencana alam, seseorang raja harus ditukar sama ada secara baik atau melalui pemberontakan
-         Kebanyakan tugas raja dilakukan oleh wakil-wakilnya iaitu golongan aristocrat/bangsawan atas nama baginda

b)     Golongan aristocrat/bangsawan
-         Jadi pembantu utama raja, berpengaruh besar dalam system politik & social
-         Zaman Dinasti Shang: mereka memonopoli penggunaan gangsa berbentuk alat ritual dan senjata
-         Membina rumah kediaman berdekatan rumah ibadat yang dikelilingi tembok keselamatan
-         Zaman Dinasti Chou: amat berpengaruh, ramai pengikut, miliki tanah yang diusahakan petani sesuai dengan system feudal

c)     Golongan yang diperintah
-         Masyarakat China dibahagi 4 kelas berdasarkan pekerjaan
i)      Kelas tertinggi: golongan cerdik pandai yang menasihati raja dan masyarakat berhubung pentadbiran dan tingkah laku
-         Penguasaan ilmu yang banyak menyebabkan mereka dipuja masyarakat umum
-         Bertanggungjawab perkenal pelbagai aliran pemikiran di China: Confucianisme, Taoisme, Legalisme, Moisme, Menciusme
ii) Golongan ke2: petani yang dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan asas kehidupan manusia
iii) Golongan artisan/tukang-tukang mahir: bertanggungjawab hasilkan monument
iv) Golongan pedagang: diletak di tangga terbawah kerana dianggap penipu dan mengaut keuntungan daripada rakyat, tidak seperti dalam tamadun lain, golongan ini dipandang tinggi
v) Setaraf juga dengan pedagang: pelakon, pelacur dan hamba malah dianggap lebih hina daripada pedagang
- aspek kekeluargaan: pembesar dan kerabat diraja dilarang berkahwin lebih daripada satu
- kedudukan wanita lebih rendah daripada lelaki – hanya lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri

Kesimpulan:
-         Setiap masyarakat membentuk organisasi masyarakat yang berbeza
-         Golongan pemerintah biasanya  dianggap oleh masyarakat sebagai seorang yang mulia dan berkedudukan tinggi

No comments:

Post a Comment