Saturday, January 14, 2012

Sumbangan Marco Polo: Pelayaran


Soalan: Bincangkan sumbangan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan penerokaan.
Pengenalan:
-         MP ialah seorang pedagang dan pengembara dari Venice, Itali
-         Berketurunan keluarga Polo yang terkenal dalam bidang perdagangan di Timur Tengah
-         Memulakan ekspedisi pertama dengan menyertai bapanya, Niccolo Polo dan bapan saudaranya Maffeo Polo ke China pada 1271M
-         Mengabdikan diri dalam bidang penjelajahan dan penerokaan selama 24 tahun

Isi
·         Lawatan ke China
-         Menyertai lawatan bapanya, Niccolo Polo ke China ketika berusia 17 tahun
-         Dalam perjalanan ke China, beliau melalui Parsi, Hormuz, Belkh, Lembah Oxus, Kashgar, Yarkhand, Khotan dan Lob Nor
-         Sampai di Beijing pada 1265M
-         Perejalanan ke China penuh cabaran selama 3 tahun
-         Sesampainya di China, mereka dilayan dengan baik oleh maharaja China,. Kublai Khan
·         Berkhidmat sebagai duta
-          17 tahun berkhidmat dengan Maharaja Kublai Khan
-         Dilantik sebagai duta ke Shansi, Shensi, Szechuan, Yunan, Tibet, Burma
-         Dilantik kerana berpengetahuan tinggi
-         Pernah mengetuai misi diplomatic ke Tanah Melayu, Sumatera, Tibet, Sri Lanka
·         Menulis kemajuan peradaban Timur
-         Berpeluang melihat kemajuan yang telah dicapai masyarakat China dan dicatat dalam ‘The Travels of Marco Polo’
-         Antara kemajuan masyarakat China:
i)              Penggunaan wang kertas
ii)             Percetakan blok
iii)            Penggunaan asbestos
iv)            Peleburan arang batu
v)             Pembangunan Bandar-bandar besar
-         Juga menghasilkan serbuk letupan untuk membuat bunga api
-         Mencetak buku menggunakan blok kayu berukir
·         Catatan tempat-tempat yang dilawati
-         Sempat melawat banyak tempat dalam perjalanan pulang dari China
-         Cth singgah ke Sumatera, Sri Lanka, Coromandel, Gujerat, Hormuz, Parsi, Constantinople
-         Mencatat tempat-tempat yang dilawati di Sumatera: Pasai, Pedir, Lamiri, Fansuri
-         Mengetahui pemerintah Pasai pada 1292M ialah Sultan Abdul Jalil al malikul Salleh
-         Juga mencatat tentang aktiviti pertanian, rempah-ratus, pertukangan, penduduk dan agama masyarakat China
·         Menulis kitab pengembaraan
-         Menulis buku ‘The Travels of Marco Polo’ ketika dalam tahanan di Goa
-         Diterjemah ke bahasa Latin, Sepanyol dan Inggeris
-         Menjadi sumber rujukan para pengembara Eropah seperti Portugal dan Sepanyol untuk buat ekspedisi menjelajah ke Timur
-         Mendorong pelayar Eropah seperti Christopher Columbus dan juga paderi Kristian belayar ke Timur
·         Sumbangan dalam bidang geografi
-         Bukunya mengandungi banyak maklumat tentang geografi yang membantu pelayar-pelayar Eropah melancarkan ekspedisi
-         Maklumat dalam bukunya digunakan orang Eropah untuk menghasilkan peta dunia yang lebih tepat daripada peta yang dihasulkan Ptolemy
·         Mendorong bangsa Eropah melakukan penjelajahan
-         Penulisannya m,engubah pemikiran bangsa Eropah terhadap kegiatan penjelajahan dan penerokaan
-         Meningkatkan semangat orang Eropah untuk menjelajah ke dunia di luar benua Eropah
-         Turut mengubah pemikiran para pemerintah di Eropah dengan memberei galakan kepada para pelayar untuk menjelajah dan meneroka
-         Cth: Raja Henry mengasaskan satu institusi pelaut untuk menggalakkan orang Portugis menjelajah dan meneroka
-         Sebelum ini tumpuan penjelajahan dan penerokaan hanya di kawasan Mediterranean
·         Merapatkan hubungan antara barat dan timur
-         Maklumat tentang  dunia timur khasnya China menyebabkan orang Eropah berlumba-lumba melancarkan ekspedisi ke China khasnya para pedagang dan mubaligh Kristian

Kesimpulan
-         MP telah memberi sumbangan besar dalam mendedahkan kekayaan peradaban timur kepada masyarakat Eropah
-         Kejayaan MP memberi inspirasi kepada pelayar-pelayar Eropah untuk melancar ekspedisi penjelajahan dan penerokaan pada abad ke15 dan 16M

No comments:

Post a Comment